Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

saya akan terus mencari anak denagn kudrat 4 kerat,naluri saya kata anak masih hidup dalam hutan-kasih ibu

Saya hanya mampu berdoa" Kuala Lumpur: “Saya akan terus menggunakan kudrat empat kerat ini untuk cari dia walaupun misi mencari akan dihentikan malam ini,” kata Rohana Saad, 49 yang masih tabah menantikan anaknya, Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga, petang Ahad lalu.

isi mencari akan dihentikan malam ini,” kata Rohana Saad, 49 yang masih tabah menantikan anaknya, Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga, petang Ahad lalu.
Menurut Rohana, sebagai ibu, dia amat mengharapkan anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.

“Namun apabila kehilangannya sudah memasuki hari ke empat, saya hanya mampu berdoa kepada tuhan supaya keajaiban berlaku.
“Naluri ibu ini kuat mengatakan dia masih ada di atas sana,” katanya.
Menurutnya, sudah empat hari dia tidak tidur nyenyak kerana memikirkan insiden berkenaan.

“Kehilangan Azarul sangat misteri dan berlaku secara mengejut. Terasa seperti baru petang tadi dia memberitahu saya dia mahu ke Broga.
“Tidak sangka pula dia tidak ditemui hingga hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Terdahulu, video Rohana mendaki bukit broga untuk mencari anaknya itu tular di laman sosial selepas dimuat naik oleh salah seorang sukarelawan yang turut berada di situ.

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan Rohana memanggil anaknya dengan nada sayup, sekali gus menyentuh perasaan pengguna laman sosial.
Sementara itu Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mengikut prosedur operasi standard (SOP), operasi hanya dijalankan selama tiga hari.

"Namun hari ini operasi sudah masuk hari keempat dan masih tidak menemui mangsa.
"Bagaimanapun, satu perbincangan akan diadakan kira-kira jam 7 petang dan keputusan bergantung kepada pihak polis selaku ketua operasi," katanya






Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA saya akan terus mencari anak denagn kudrat 4 kerat,naluri saya kata anak masih hidup dalam hutan-kasih ibu. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top