Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Jumpa mayat ayah dibawah pelepah kelapa

*Portal Perak Today*
*Jumpa mayat ayah dibawah pelepah kelapa*

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
SABAK BERNAM: “Puas saya pusing kebun cari abah, tak sangka bila jumpa mayatnya dah tertutup di sebalik pelepah pokok kelapa,” kata Tarmizi Mohamed Tamin, 26.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi, mayat Mohamed Tamim Bardan,72, ditemui mati lemas dalam lopak air selepas terjatuh akibat dihempap pelepah pokok kelapa yang tumbang di kebunnya di Parit 5 Gambut, Sungai Panjang.
Tarmizi berkata, dia yang ingin mencari bapanya itu di Pekan Sungai Besar selepas hilang sejak petang semalam ternampak motosikal bapanya itu di kebun berkenaan.

“Mulanya saya nak cari abah di Sungai Besar, tapi bila saya lalu depan kebun nampak motosikalnya di situ.
“Saya terus masuk ke dalam kebun, namun ketika itu kelibat abah masih tak ditemui.

“Lebih kurang lima minit juga saya cari abah dan nampak macam satu objek di bawah timbunan pelepah.

“Bila saya hampiri, alangkah terkejutnya bila tengok mayat abah dah tersembam dalam lopak air di celah pelepah pokok kelapa,” katanya.

Anak bongsu daripada lima beradik yang menetap di Kampung Parit 5 Gambut Sungai Panjang berkata, dia kemudiannya pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada ibunya, Sapinah Kadian, 60.

“Kami kemudiannya menghubungi polis tentang kejadian ini,” katanya.
Menurut Tarmzi, bapanya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan, melainkan arwah pernah berpesan kira-kira sebulan lalu agar dia menjaga ibunya.
“Arwah beritahu dekat saya supaya tolong jaga rumah, takut bila abah dah tak ada, siapa lagi nak jaga emak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan kejadian itu.
“Polis dimaklumkan tentang kejadian ini kira-kira jam 9.10 pagi tadi.
“Mayat mangs

a dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk dibedah siasat.
” Punca sebenar kematian mangsa akibat mati lemas di lopak air setelah gagal untuk bangun semula selepas dihempap pelepah pokok kelapa yang tumbang,” katanya.
Sinar Harian



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA Jumpa mayat ayah dibawah pelepah kelapa. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top