Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

SAMUN-pelancong Britain terpaksa merempat dengan tidur di bangku kaki lima di medan selera


KUALA TERENGGANU:

 Seorang pelancong Britain terpaksa merempat dengan tidur di bangku kaki lima di medan selera Kampung Cina di sini, selepas mendakwa menjadi mangsa samun Ahad lalu. 


Lebih malang lagi, pelancong dikenali dengan nama Anthony, 60, yang melancong ke bandar raya ini bersama rakannya tidak dapat berjalan selepas kedua-dua kakinya bengkak


Selain kehilangan wang tunai, semua dokumen perjalanan Anthony juga hilang selepas dikatakan disamun sekumpulan remaja. Penderitaan Anthony mendapat simpati peniaga di medan selera Kampung Cina apabila mereka menghulurkan makanan dan minuman selain pakaian. 

rakan Anthony juga gagal dikesan dan menghilangkan diri selepas wang tunai dan dokumen perjalanan disamun. Setiausaha MCA Kuala Terengganu, Toh Seng Cheng, berkata Anthony yang tidak dapat bergerak dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tengah hari semalam untuk rawatan. 


, MCA akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menghubungi kedutaan England di Kuala Lumpur esok, untuk proses penghantaran balik Anthony selepas keadaannya pulih. 


"Setakat ini Anthony masih dirawat di HSNZ dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya. Sementara itu, pemangku Pengarah JKM negeri, Rusmi Mahmood ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dan melawat Anthony bersama Seng Cheng esok sambil menambah pihaknya akan membantu menanggung kos rawatannya.






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA SAMUN-pelancong Britain terpaksa merempat dengan tidur di bangku kaki lima di medan selera. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top