Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Seorang penganggur ditahan kerana dipercayai kerana melacurkan isterinya sendiri.



sekadar gambar hiasan



Seorang penganggur ditahan kerana dipercayai kerana melacurkan isterinya sendiri.

Media melaporkan wanita terbabit yang berusia 23 tahun sebelum itu ditangkap pihak berkuasa selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki Bangladesh.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah rumah di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam semalam, wanita terbabit mendakwa dia melacurkan dirinya dengan bayaran RM50 untuk seorang pelanggan.

Dia mendakwa terpaksa mengikut kehendak suaminya bagi mengelak dipukul.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, suami wanita terbabit berusia 34 tahun dan kini tidak memiliki sebarang pekerjaan.

“Wanita itu mengaku dipaksa melacur selepas rumah berkenaan diserbu petugas rukun tetangga yang menerima aduan terdapat kes khalwat di situ.

“Suami wanita yang menunggu di dalam kereta turut berjaya ditahan, manakala lelaki Bangladesh tersebut melarikan diri,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Md Zukir berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 372(1)(a) Kanun Keseksaan.

“Lelaki berkenaan direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes itu,” katanya.

http://www.malaysiadreamnews.com/11596/suami-ditahan-lacurkan-isteri-kepada-lelaki-bangladesh/






Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA Seorang penganggur ditahan kerana dipercayai kerana melacurkan isterinya sendiri.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top