Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

viralkan ni wajah jantan yang nak menikam leher anggota polis semasa serbuan

Penjenayah cabut lari tinggalkan isteri*

23 Januari 2017
BUKIT MERTAJAM - Kerana takut diberkas, seorang lelaki sanggup meninggalkan isterinya di dalam premis hiburan simulator di Jalan Pasar di sini selepas ia diserbu sepasukan polis malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, suspek yang berusia 30 tahun itu turut menyebabkan tiga anggota polis termasuk seorang pegawai cedera selepas bertindak menyerang mereka dengan menggunakan sebilah pisau sebelum melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika kejadian ketiga-tiga anggotanya sedang melakukan pemeriksaan dokumen terhadap pasangan berkenaan dan seorang lagi lelaki yang berada di dalam premis terbabit.
Bagaimanapun, ketika anggotanya mahu melakukan saringan ujian air kencing, suspek dilihat cuba melarikan diri melalui pintu hadapan premis berkenaan.
"Cubaan lelaki berkenaan meloloskan diri melalui pintu hadapan premis berkenaan berjaya dihalang bagaimanapun berlaku pergelutan antara suspek dan anggota operasi.
"Suspek kemudiannya mengeluarkan sebilah pisau yang diselit di pinggang sebelum cuba menikam leher salah seorang anggota," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Nik Ros Azhan berkata, ketika anggotanya cuba merampas pisau berkenaan daripada suspek, berlaku lagi pergelutan sehingga menyebabkan pisau berkenaan tertusuk di paha kanan salah seorang anggota selain terkena pada bahagian tangan anggota lain.
Katanya, suspek kemudiannya cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun gagal disebabkan pintu belakang dikunci dan dia kemudiannya naik ke bahagian atas siling dan dipercayai keluar melalui bumbung bangunan.
"Kita terpaksa mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengesan suspek yang dipercayai bersembunyi di bahagian atas bumbung.Namun selepas hampir dua jam mencari suspek gagal dikesan.
"Pemeriksaan di rumah suspek di Kampung Petani, Kubang Semang juga dilakukan namun mendapati tiada sesiapa di rumahnya," katanya.
Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau termasuk jenayah rogol dan ragut.
Manakala ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap isterinya yang berusia 32 mendapati dia positif dadah selain mempunyai rekod kesalahan lampau berkenaan dengan dadah.
Katanya, polis turut menemui sebuah motosikal curi yang digunakan pasangan terbabit di hadapan premis berkenaan.
"Isteri suspek kini ditahan dan akan direman bagi membantu siasatan polis manakala tiga anggota yang tercedera di bawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk mendapatkan rawatan.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,"katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA viralkan ni wajah jantan yang nak menikam leher anggota polis semasa serbuan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top