Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ayah selak kain balik dan melakukan sesuatu pada saya - Anak tiri kongsi peristiwa hitam ketika tidur

polis memburu seorang lelaki berusia lewat 30-an yang disyaki mencabul kehormatan anak tirinya di sebuah rumah di Taman Bersatu, Alor Star, dalam kejadian kira-kira dua minggu lalu


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata suspek yang berasal dari Kampung Bukit Aping Lubok Buntar dekat sini, menghilangkan diri selepas kejadian itu

“Kita ada terima laporan daripada mangsa, 21, yang juga seorang pelajar mengenai tindakan suspek yang mencabulnya dan kini usaha mengesan lelaki itu sedang dijalankan, ” katanya di sini, hari ini

Mohd Rozi berkata, pada hari kejadian jam 1.30 pagi, ketika mangsa sedang tidur bersama ibunya di bilik, dia berasakan kakinya ditarik seseorang, sebelum kain batik yang dipakainya ditarik hingga ke bahagian pinggulnya

“Mangsa terkejut melihat bapa tirinya sedang berada di hujung kaki sebelum pelajar itu mengadu kepada ibunya. Ibu mangsa kemudian menyuruh anaknya tidur di bilik lain, ” katanya

Katanya, mangsa kemudian tidur bersendirian di biliknya, tetapi tidak lama kemudian dia dikejutkan dengan kehadiran suspek yang hanya bertuala

Beliau berkata, suspek kemudian menyentuh bahu anak tirinya, sebelum merapatkan mukanya ke bahagian pipi mangsa

Sehubungan itu, katanya, selepas kejadian itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Kedah di sini, kerana takut bapa tirinya akan meneruskan perbuatan itu

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, iaitu menyerang seseorang menggunakan kekerasan dengan niat ingin mencabul kehormatan







Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Ayah selak kain balik dan melakukan sesuatu pada saya - Anak tiri kongsi peristiwa hitam ketika tidur . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top