Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tiga beradik yatim piatu sekelip mata angkara denggi

Tiga beradik yatim piatu sekelip mata angkara denggi

Bukit Mertajam: Tiga beradik menjadi yatim piatu dan hilang tempat bergantung sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat demam denggi minggu lalu.

Nur Hidayah Azlan, 20, berkata ayahnya Azlan Mat Din, 50, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) selama empat hari sebelum meninggal dunia pada 16 Januari.

Anak sulung tiga beradik itu berkata, ibunya Normah Amirudin, 46, meninggal dunia sehari kemudian di hospital yang sama.

Katanya adik bongsu Muhammad Firdaus Azlan, 14, turut dirawat di HPP kerana demam denggi selama lebih seminggu dan dibenarkan pulang Jumaat lalu.
“Ayah dan mak demam sejak awal bulan ini namun kami tidak sangka ia demam denggi. Sejak dua minggu lalu, keadaan ayah semakin teruk kerana demam semakin panas, sering lemah serta loya.

“Simptom itu merebak kepada mak dan adik hingga mereka jadi lemah serta tidak mampu berjalan sehingga terpaksa dipapah untuk bergerak," katanya yang ditemui di rumahnya di Pangsapuri Taman Delima Indah di sini, hari ini.
Nur Hidayah yang masih belajar di Kolej Poly Tech Mara di Ipoh berkata, walaupun dia dan dua adiknya, Muhammad Firdaus dan Muhammad Amirul, 17, masih bersedih dengan kehilangan ibu dan bapa, namun mereka tetap reda.

Dia kini terpaksa memikul peranan sebagai ibu dan bapa dalam keluarganya, perlu bekerja sambilan bagi menampung perbelanjaan dirinya serta dua adiknya yang masih bersekolah.-Bernama
Ni admin sertakan Alamat & no. Telefon remaja terbab8tllit
*A-G-04 Jalan delima 2, taman seri delima. BM.
(Flet sebelah tol Juru)
*012 5351460 idham
01110261201 Norhidayah






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Tiga beradik yatim piatu sekelip mata angkara denggi. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top