Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

"Tidak encik, kami tak benarkan. Ia memang dibuat oleh orang Melayu tetapi kami perlu periksa jika mereka mempunyai pelekat logo halal."


'Kami cuma nak potong kek, tolonglah dia baru berusia 7 tahun'


Oleh Subash Chandrabose Arumugam Pillai

Kisah sayu yang berlaku semalam

Hujan lebat di luar, Oviya kerap bertanya,

"Appa, boleh kita potong kek di dalam sana dan belikan saya hidangan kanak-kanak?"

Semalam kami bercadang mahu menyambut harijadinya. Oviya berharap dia dapat memotong kek harijadinya di sebuah restoran makanan segera yang popular kerana dia kerap mendengar
"Tidak encik, kami tak benarkan. Ia memang dibuat oleh orang Melayu tetapi kami perlu periksa jika mereka mempunyai pelekat logo halal.""Tidak encik, kami tak benarkan. Ia memang dibuat oleh orang Melayu tetapi kami perlu periksa jika mereka mempunyai pelekat logo halal."-rakan sekolahnya menyambut harijadi mereka di restoran makanan segera. Jadi, dia juga mahu merasai perasaan yang sama seperti mereka agar dia dapat berkongsi cerita dengan rakan-rakannya.

Potong kek di 'restoran popular' itu? Bolehkah berbuat demikian? Bukankah mereka telah menguatkuasakan peraturan tiada makanan luar dan tidak halal di premis mereka?

"Tidak Ovi, kita tak boleh menyambut harijadi di restoran itu. Mereka tidak akan membenarkan kita berbuat demikian," jelas saya kepada Ovi.

"Tetapi appa, semua kawan saya boleh, kenapa kita tak boleh?" soalnya dengan wajah kelihatan sedikit hampa.

Keluarga kelas pertengahan seperti kami akan memilih restoran makanan segera kerana ia memudahkan. Ini bukan satu masalah besar, lagipun ini permintaannya sempena harijadi dia.

Kemudian saya tersedar, kenapa saya tidak menuruti saja peraturan restoran itu? Mujur ada sebuah kedai kek milik orang Melayu sederet dengan restoran tersebut. Saya membeli kek yang comel dan bawa dua anak perempuan saya ke restoran berkenaan dan berjumpa dengan kakitangannya.

"Maaf, hari ini harijadi anak saya. Boleh tak kami duduk di sudut sana dan menyambutnya? Jangan risau, hanya kami bertiga sahaja dan kami takkan berbuat bising," kata saya.

Kakitangan wanita itu memandang kotak yang saya bawa dan berkata, "Maaf encik, kami tak benarkan makanan tidak halal di sini."

Bagaimana dia boleh katakan kek yang saya bawa itu tidak halal?

"Maaf dik, ini kek halal. Saya baru saja beli kek ini dari kedai milik orang Melayu, tidak jauh dari sini," besar harapan penjelasan saya itu boleh menyakinkannya.

Namun, dia memberi pandangan yang agak kurang menyenangkan dan berkata, "Tidak encik, kami tak benarkan. Ia memang dibuat oleh orang Melayu tetapi kami perlu periksa jika mereka mempunyai pelekat logo halal."

Saya tidak nampak sebarang logo halal dalam resit. Alahai.

"Dik, tak apalah. Boleh tak kami cuma nak potong kek dan rakam beberapa gambar kenangan untuk anak-anak saya ini?" tolonglah, dia baru berusia 7 tahun.

"Saya kata tak boleh bermaksud tak bolehlah," katanya sebelum beredar meninggalkan kami di kaunter tanpa memandang saya.
Emm, tiada gunanya nak berhujah. Saya kemudian membawa mereka keluar dari restoran itu. Oviya menarik tangan saya dan jelas wajahnya menunjukkan reaksi tak gembira.

"Mungkin mereka ada majlis lain, jadi kita tidak boleh potong kek di sana," kata saya cuba memujuknya.

Dia tahu saya tidak menjelaskan perkara yang sebenar. Saya sedih sebab saya ingat saya dapat memujuk dia. Kemudian saya ternampak restoran Marry Brown yang berada tidak jauh dari kami. Apa kata cuba di restoran itu pula.


Saya bawa mereka berdua ke Marry Brown. Kami duduk diam-diam, bimbang jika peraturan yang sama dikenakan di restoran ini. Tak elok pula kalau kita tengah potong kek, tiba-tiba ada kakitangan restoran yang halau kita keluar, kan?

Supervisor restoran, Shikin, ternampak saya membawa kotak kek harijadi.

"Encik nak potong kek di sini?" soalnya.

"Ya, tetapi boleh ke?"

"Boleh, biar saya tolong uruskan lilin dan sediakan kotak mancis untuk encik," katanya yang kemudian terus pergi melaksanakan kata-katanya dan mengarahkan para pekerjanya menyediakan belon.

Beberapa minit kemudian, meja kami dihiasi dengan belon dan beberapa pekerja restoran mula menyanyikan lagi selamat harijadi.


Saya benar-benar tidak percaya. Dari restoran pertama di mana kami disuruh keluar dan di restoran kedua kami diberikan tempat untuk menyambut harijadi Oviya. Anak saya benar-benar gembira.

Kepada restoran popular berkenaan, saya bukan beragama Islam tetapi saya amat menghormati agama Islam dan ajarannya. Halal bukan sahaja tentang makanan, ia juga mengenai cara hidup kita, fikiran kita dan perkara-perkara yang kita lakukan. Tolong bertimbang rasa dengan pelanggan terutamanya kanak-kanak. Cara pendekatan anda terhadap pelanggan adalah amat penting. Saya terluka dan begitu juga dengan anak saya.

Saya belajar sesuatu hari ini, anak-anak saya juga suka makanan di Marry Brown.

Maaf ********. Dulu saya peminat tegar anda, tetapi sejak peristiwa ini, anda bukan lagi pilihan saya. Kenapa kita mesti merayu pada sesuatu yang tidak pernah menghargai kita? Belajarlah menghormati orang lain sebelum meminta orang lain menghormati kita.

Selamat harijadi Oviya. Appa love you so much!


 http://www.thereporter.my/2017/01/kami-cuma-nak-potong-kek-tolonglah-dia.html



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA "Tidak encik, kami tak benarkan. Ia memang dibuat oleh orang Melayu tetapi kami perlu periksa jika mereka mempunyai pelekat logo halal.". TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top