Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

BUDAK POKOK- Ia berpunca akibat jangkitan virus HPV dan perlu diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa pesakitnya.



Dhaka: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mengalami penyakit ganji yang menyebabkannya seolah-olah menjalani transformasi perlahan menjadi pokok.

Budak dikenali sebagai Shahana itu menghidap epidermodisplasia verusiformis sejak berusia enam bulan apabila badannya mula dipenuhi ketumbuhan yang kemudian merebak ke wajahnya terutama di hidung, pipi serta cuping telinga.

Keluarganya yang tinggal di sebuah perkampungan terpencil di utara Bangladesh kini mendapat rawatan untuknya di Hospital Kolej Perubatan Dhaka.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu masih ceria dan sentiasa positif, malah rakannya menerima keadaannya tanpa sebarang hukuman.

Penyakit diwarisi itu jarang berlaku dan mengakibatkan ketuat yang boleh timbul di mana saja pada badan penghidapnya.


Ia berpunca akibat jangkitan virus HPV dan perlu diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa pesakitnya.

Setakat ini tiada rawatan berkesan terhadap penyakit itu ditemui namun ada yang mampu mengurangkan keperitan dialami pesakitnya.

Kisah Shahana didedahkan hanya dua minggu selepas seorang lelaki juga dari Bangladesh, Abul Bajandar, yang turut mengalaminya dilaporkan berjaya dirawat.

Abul menjalani sekurang-kurangnya 16 pembedahan untuk membuang kira-kira lima kilogram ketumbuhan dari tangan dan kakinya sejak berita penyakitnya tersebar, tahun lalu.

Doktor percaya dia mungkin orang pertama disembuhkan daripada penyakit itu, asalkan ketuatnya tidak tumbuh semula.  – Agensi


http://www.malaysiadreamnews.com/13054/budak-hidap-penyakit-ganjil-menyerupai-pokok/






Labels: pelik

TERIMA KASIH SUDI BACA BUDAK POKOK- Ia berpunca akibat jangkitan virus HPV dan perlu diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa pesakitnya.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top