Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Rogol, rompak pada hari perkahwinan-MALANG NASIB PENGANTIN


London: Seorang lelaki, Derry Flynn McCann, 28, dihadapkan ke mahkamah di sini, hari ini, bagi menghadapi empat tuduhan merogol dan merompak seorang wanita pada hari perkahwinannya.

Polis menahannya selepas wanita 24 tahun melaporkan dia diserang dan dirogol pada awal pagi 13 Januari lalu, di sebuah taman di Hackney, London Timur, ketika berjalan pulang selepas keluar dengan rakan-rakannya.

The Sun melaporkan menurut wanita itu, seorang lelaki menarik dan mengarahkannya menyerahkan wang sebelum mengheretnya masuk ke dalam semak dan merogolnya.

McCann dari Hackney ditahan enam hari kemudian.

Selepas melakukan jenayah itu, dia melangsungkan perkahwinan dan menyiarkan gambarnya bersama isteri di Facebook.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Thames pada 20 Januari lalu, dia tidak membuat sebarang pengakuan terhadap empat tuduhan merogol dan merompak mangsa.

Kesnya akan dibicarakan pada 16 Februari ini.

Isterinya yang sedang sarat mengandung, enggan mengulas.


 http://www.hmetro.com.my/node/200883






Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Rogol, rompak pada hari perkahwinan-MALANG NASIB PENGANTIN. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top