Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

“Bagus cik, sikit lagi, sikit lagi, ya bagus cik, pandai sangat, ha pandai macam ni la”-DETIK HITAM si suami



Giliran saya pula alami detik hitam di hospital selayang-Izzat Ismail|Selepas begitu banyak marhaen memviralkan rasa tidak puas hati terhadap mutu perkhidmatan hospital kerajaan, kini giliran den melalui “detik hitam” yang sama.

Mohon ketua pengarah kesihatan malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan pengarah hospital selayang, Dr Hajah Siti Zaleha mengambil perhatian terhadap perkara ini.

Pada tarikh 30/11/2016, lebih kurang jam 11.30 malam, den telah menghantar isteri den Fara Eliyani yang mengalami pecah air ketuban ke hospital selayang.

Selepas memeriksa “bukaan”, doktor minta Fara ditahan di wad dan dijangka bersalin keesokan hari.

Untuk pengetahuan kalian, di hospital selayang, suami diberi kebenaran untuk menemani isteri sewaktu proses kelahiran bayi.

“Detik hitam” bermula pada 01/12/2016 jam 8.30 pagi sejurus Fara ditolak ke dewan (bilik) bersalin.

Terdapat dua orang jururawat mengawasi keadaan Fara dan bayi dalam kandungan, namun mereka kadang kala keluar masuk daripada bilik bersalin.

Den agak panik apabila Fara maklumkan bayi dah nak keluar, bergegas den cari jururawat, jururawat datang dan dengan selamba cakap “belum lagi ni cik”.

Dalam hati den, “fuh rilek betul akak misi ni, tak menggelabah pun”.

Yang bagusnya, jururawat siap ajar Fara untuk baca beberapa ayat Al-Quran bagi memudahkan proses kelahiran.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, apabila bukaan sudah 10cm dan Fara sudah bersedia nak lahirkan bayi, jururawat yang asalnya cuma dua orang, entah dari mana tiba-tiba muncul menjadi 7 ke 8 orang dan turut serta seorang doktor, dah macam pesta dalam bilik bersalin Fara ni.

Mereka semua jadi macam pasukan sorak pom pom girl, bagi semangat dan motivasi pada Fara yang tengah bertarung nyawa untuk bersalin.

“Bagus cik, sikit lagi, sikit lagi, ya bagus cik, pandai sangat, ha pandai macam ni la”

Fara ada bagitahu den, sorakan akak-akak jururawat ni betul-betul buat dia yang letih jadi bersemangat. (Dia bagitahu lepas bersalin)

Bila bayi selamat sahaja keluar, akak jururawat ni ramai-ramai ucap, “assalamualaikum” pada anak syurga yang baru lahir. Sayu betul den rasa masa ni.

Servis yang sangat hebat dan profesional.

Alhamdulillah, layanan para jururawat dan doktor di wad tingkat 5 dan tingkat 11B juga sangat baik, siap ajarkan cara untuk cuci najis dan bedung bayi.

Makcik pengawal keselamatan wad 11B pun baik hati, den kebuluran pukul 11 malam, makcik ni siap boleh tolong belikan nasi goreng USA.

02/12/2016 Fara diberi kebenaran untuk balik. Ada dua pemeriksaan sekuriti yang sangat ketat perlu dilalui Fara dan bayi, den tengok hampir mustahil untuk kes culik bayi berlaku.

Masa nak keluar pun, makcik pengawal keselamatan sempat menitipkan kata-kata nasihat pentingnya penyusuan susu ibu pada den dan Fara. Haha. Padu sungguh baq hang.

Begitulah kisah “detik hitam” layanan hospital kerajaan di hospital selayang.

Selama ni orang cerita yang buruk-buruk, apa salahnya perkara yang baik pun kita war-warkan.

Tahniah staff hospital selayang amnya, dan pasukan wad bersalin hospital selayang khususnya untuk servis tip-top setara servis hospital swasta.

Mohon Datuk Hisham mempertimbangkan kenaikan gaji buat mereka, dan mohon Dr Zaleha memberi anugerah khidmat cemerlang buat kakitangan puan. Adios..









https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA “Bagus cik, sikit lagi, sikit lagi, ya bagus cik, pandai sangat, ha pandai macam ni la”-DETIK HITAM si suami. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top