Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

RESTORAN NASI KANDAR PELITA BERSTATUS HALAL DAN MILIK BUMIPUTERA. HENTIKAN SEBAR FITNAH


Izinkan admin mendedahkan fakta sebenar berhubung fitnah disebarkan di laman sosial mengenai Restoran Nasi Kandar Pelita.
Datuk Ustaz Shamsuri memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. Tugasan rutin beliau, penceramah agama bebas dan amat dikenali oleh jemaah masjid di sekitar Pulau Pinang.
Pemilik utama ialah Dato Uswath dan abangnya, Datuk Sihabutheen berketurunan India Muslim sejak lahir lagi.

Soalan Admin : Dato Uswath, beberapa cerita negatif disebarkan di facebook , blog dan whatsapp. Satu daripada cerita itu mendakwa kononnya Restoran Nasi Kandar Pelita dimiliki oleh orang India dan salurkan kepada kuil. Boleh jelaskan mengenai hal ini?"

"Saham Pelita Samudra Pertama dipegang oleh TUJUH individu dengan tugasan tersendiri. Lima daripada tujuh rakan kongsi syarikat, beragama Islam manakala 2 lagi bukan Islam, termasuk Datuk Ramesh," terangnya.

Dalam laporan bergambar akhbar The Star yang diviralkan melalui whatsapp sejak semalam, dipaparkan nama dan gambar Datuk Ramesh bersama Presiden MIC, Datuk G. Palanivel. Gambar terbabit direkodkan sewaktu upacara pecah tanah pembinaan dewan serba guna bernilai RM4 juta berlangsung berhampiran Kuil Karumariamman di Seberang Jaya.
Admin berpeluang menemu bual Datuk Ramesh sewaktu kunjungan ke pejabat Pelita Samudra Pertama di Taman Chai Leng, Prai.

"Dalam gambar disiarkan oleh akhbar itu (The Star), saya berdiri posisi tiga dari kiri, di kanan Datuk Palanivel," ujar Datuk Ramesh. "Jadi ini gambar siapa? Nama Datuk tercatat di situ?," soal saya.
Sambil memaparkan kepada anak jati Pulau Pinang itu salinan gambar keratan akhbar hitam putih di atas.

"Di sebelah kiri, Datuk R.A Arunasalam manakala di kanan, Ahli Dewan Undangan Negeri, L. Krishnan, saya tidak ada dalam gambar itu. Saya dijemput oleh presiden Kuil Karumariamman dan hadir di lokasi pada tarikh lain di atas tiket individu, bukan mewakili Restoran Nasi Kandar Pelita," jelas beliau tenang.
Tiba-tiba terlintas soalan di fikiran saya, adakah tindakan bercanggah dalam Islam JIKA rakan kongsi perniagaan beragama Hindu atau lain menyumbang untuk tujuan keagamaan? Lalu pantas saya menghubungi penceramah agama terkemuka, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid melalui telefon bimbit.
"Ustaz, dari aspek hukum Syarak, adakah dibenarkan individu bukan Islam menjadi rakan kongsi peniaga Islam?," soal saya.

"Saya hendak menjelaskan dari sudut ilmiah. Katalah, orang Melayu, Cina dan India membuka perniagaan, mereka berkongsi. Di manakah kita hendak kata pendapatan mereka raih itu salah? Pertama, orang keliru akan berkata sebab dia berkongsi dengan peniaga Cina. Kalau orang Cina itu membuka kedai runcit, mereka meraih pendapatan halal. Apakah masalah dia? Kecuali apabila peniaga rakan kongsi bukan Islam itu contohnya, menjual babi, arak. Andai peniaga India pula berkongsi dengan peniaga Islam membuka kedai kain, samalah.

 Tiada masalah perkongsian di situ. Tidak ada masalah selagi hasil perniagaan diusahakan diagihkan secara adil," jawab graduan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir itu.
"Bagaimanakah pula JIKA rakan kongsi niaga bukan Islam itu menyumbangkan wangnya untuk membiayai acara keagamaan dia?," satu lagi soalan saya ajukan.
"Itu tidak ada masalah, ikut suka hati dia. Kalau dia hendak menyumbang untuk tujuan pembinaan kuil sekalipun, itu hak peribadi dia, tindakan itu bukan mewakili syarikat dia menjadi rakan kongsi bersama peniaga beragama Islam," terang beliau secara teratur.
Berikut pula pendapat imam Masjid Seberang Jaya, Mohamad Ikramuddin Zaqwan Al-Haiz.
Ustaz lulusan Madrasah Miftahul Ulum, Taman Sri Petaling, Kuala Lumpur itu anak kelahiran Air Hitam, Kedah.

"Apakah pandangan ustaz mengenai penggunaan ayat Al-Quran digantung di dinding restoran ini?," soal saya kepada ayah 2 anak itu.
"Mula-mula kita tengok pada asas terlebih dahulu. Apabila asas itu bersih dan tiada keraguan halal atau haram (subhah) maka tiada masalah. Tambahan pula, rakan kongsi restoran ini, majoriti beragama Islam,".
Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd, syarikat milik penuh bumiputera disahkan oleh Kementerian Kewangan.
"Kita harus membuat penyelidikan dan rujukan secara teliti sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu isu. Khuatir, jika tidak benar, kenyataan kita keluarkan menjadi fitnah,"

"Kita ada 658 bahan masakan diluluskan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," celah Uswath sambil menunjukkan bungkusan kari halal.
"Nasi Kandar Pelita amat komited memantau dan melaksanakan 4 aspek utama, rasa makanan, kebersihan, servis dan status halal makanan. Kami memastikan rasa makanan sentiasa konsisten, kebersihan dijaga rapi, mutu layanan terhadap pelanggan sentiasa dipantau dan sumber makanan, cara simpanan serta kaedah penyediaan, halal. Semua cawangan Pelita telah mendapat sijil halal dikeluarkan oleh JAKIM pada Mei 2012," jelas Datuk Shamsuri.

Dua kali setahun syarikat konsultan, AnsarCom (M) Sdn. Bhd konsultan dilantik oleh Pelita Samudra Pertama melakukan pra-audit memastikan semua cawangan Restoran Pelita Nasi Kandar mengikut ketetapan JAKIM mengenai Pensijilan Halal.
"AnsarCom mula beroperasi sejak tahun 2004. Tugas kami memastikan semua syarat halal JAKIM dipatuhi oleh rangkaian restoran terbabit. Kami antaranya melakukan pemeriksaan status halal stok bahan masakan dan memeriksa kebersihan dapur restoran. Kami mendapati syarikat pengurusan Restoran Nasi Kandar Pelita amat komited mematuhi prosedur Pensijilan Halal JAKIM," ujar Pengarah Eksekutif AnsarCom, Ramlah Hamad. 

Orang ramai juga dipersilakan untuk menghubungi JAKIM seandainya ingin membuat rujukan, 03-8886 4000.
Berikutan status makanan halal dan perkhidmatan tulus yang pelita tawarkan, perniagaan mereka terus mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. Terima kasih. Cuma kekadang saya berasa amat hairan apabila segelintir mendakwa gambar upacara pecah tanah dewan serba guna berhampirn kuil September itu kononnya didakwa berkait dengan kegiatan mandram dilakukan di hadapan restoran. Walhal kedua premis berada di lokasi berbeza. Lagi satu, mustahil dan pelik sekiranya mandram dilakukan bersama Datuk Palanivel," ujar Datuk Ramesh sambil tersenyum.

Minggu lepas Pelita Nasi Kandar dapat pelbagai liputan media:
☘Pelita Nasi Kandar dapat anugerah MBOR (Malaysia Book Of Record).
☘Pelita terima kunjungan Dr Soleh bin Taha as Syaibi (Pemegang amanah kunci ka'bah).
☘Pelita umum akan membuka cawangan di Mekah & Madinah.
☘Pelita umum pembukaan 2 cawangan baru berdekatan dgn Sunway Lagoon & Maju Junction.

So .. Ada pihak tak senang hati lalu dikitar semula isu lama yang sudah lama dijawab berkali-kali ni.

Allah maha berkuasa dan mengetahui. Lazimnya fitnah cuba disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab akhirnya didedahkan kepalsuannya.
Selamat menjamu selera tanpa was was di Restoran Nasi Kandar Pelita kepada semua rakan Page Penang Kini.

 Penang Kini






Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA RESTORAN NASI KANDAR PELITA BERSTATUS HALAL DAN MILIK BUMIPUTERA. HENTIKAN SEBAR FITNAH. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top