Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Merana Ditinggal Suami-amparan hebat kepada wanita itu sehingga dia berubah menjadi wanita pemabuk dan suka merayau-rayau jika tidak diikat



Wanita Merana Ditinggal Suami Terpaksa Dirantai|Gara-gara berdepan dengan masalah rumah tangga, ibu kepada tiga orang anak terpaksa dirantai dan dimangga menggunakan rantai besi oleh ahli keluarganya sendiri bagi memastikan wanita itu tidak keluar minum arak atau merayau-rayau tanpa tentu arah.

Wanita berusia 28 tahun dan tiga anaknya yang berusia dua hingga lima tahun tinggal bersama ibunya di Seri Kembangan di sini sejak beberapa bulan lalu selepas suaminya yang merupakan seorang pemandu lori didakwa tidak lagi pulang ke rumah.

Tindakan suaminya itu memberi tamparan hebat kepada wanita itu sehingga dia berubah menjadi wanita pemabuk dan suka merayau-rayau jika tidak diikat.

Satu sumber memberitahu, bagi mengatasi masalah wanita itu, ibu mangsa terpaksa menggunakan rantai besi sepanjang kira-kira satu meter dan dua mangga untuk merantai badannya dari leher sampai ke kaki.

Wanita itu dikatakan sudah diikat begitu sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, kata sumber itu, tidak diketahui bagaimana malam kelmarin, wanita terbabit berjaya meloloskan diri dari rumah keluarganya sebelum dia ditemui terbaring di tempat letak kenderaan di sebuah pusat hiburan di Serdang Raya di sini pada pukul 9.30 pagi semalam.

http://eberita.org/wanita-merana-ditinggal-suami-terpaksa-dirantai/













Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA Merana Ditinggal Suami-amparan hebat kepada wanita itu sehingga dia berubah menjadi wanita pemabuk dan suka merayau-rayau jika tidak diikat. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top