Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pelajar maut terjatuh di pusat beli-belah-tak sempat nak sambut raya cina

Salam Takziah buat keluarga mangsa...
Pelajar maut terjatuh di pusat beli-belah
IPOH - Seorang pelajar lelaki(Cina) tingkatan lima maut dipercayai terjatuh dari bahagian bumbung sebuah pusat beli-belah yang terletak berhadapan sekolahnya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa berpakaian sekolah, terjatuh bersama beg sekolahnya.

"Mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk ke sekolah tetapi telah pergi ke pusat beli-belah dan naik ke bahagian bumbung," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan ke atas mangsa mendapati tiada kesan lebam di tangan atau badan selain tiada saksi yang melihat kejadian. "Siasatan melalui pihak sekolah tidak memperoleh sebarang maklumat.

Ibu dan bapa mangsa telah berpisah tetapi masih berhubung dan mereka mengatakan mangsa tiada masalah," katanya.

Sum berkata, pihak polis telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pusat beli belah itu untuk membantu siasatan. - Bernama
#SHonline



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Pelajar maut terjatuh di pusat beli-belah-tak sempat nak sambut raya cina. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top