Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

kisah pengajaran-bakal bapa maut dibelasah dan isteri terpaksa bersalin tak cukup bulan akibat selamatkan suaminya



Maut Dipukul Tak Sempat Tengok Bayi|Polis memburu lelaki berusia 32 tahun dipercayai terbabit kes kematian seorang lelaki yang dibelasah di pusat Snooker, di Jalan Intan Baiduri 10B, Kepong, kelmarin.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, suspek yang dikenali sebagai Chong Kai Weng dikatakan bersama empat rakannya bertindak membelasah mangsa berusia 26 tahun.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mangsa kemudiannnya dibawa menaiki kenderaan sebelum ditinggalkan di Jalan Intan Baiduri 1/1B dan ditemui orang awam dalam keadaan parah kira-kira 10 malam.



“Mangsa dihantar ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada 7 malam, semalam.

Menurut keterangan syed azlan abang sepupu mangsa isteri arwah yang mengandung juga ikut dalam pergelutan ketika suaminya diculik ,akibat daripada cidera kandungan isteri mangsa yang berumur 7 bulan lebih terpaksa dibedah namun keduanya selamat.

Jenazah arwah akan dikebumikan selepas zohor di Jalan Kuching Batu 5, belakang sungai Mas.



Dipetik dari harian metro “Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai pernah menyamun kedai suspek sebanyak dua kali sebelum ini dan mangsa juga mempunyai rekod jenayah lampau serta dikehendaki polis untuk dua kes curi kenderaan,” katanya.

Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan suspek diminta menghubungi bilik gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.



http://eberita.org/maut-dipukul-tak-sempat-tengok-bayi/






Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA kisah pengajaran-bakal bapa maut dibelasah dan isteri terpaksa bersalin tak cukup bulan akibat selamatkan suaminya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top