Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini merobohkan tokong di Jalan Makyong, Bukit Raja Klang





Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini merobohkan tokong di Jalan Makyong, Bukit Raja Klang,

Pengarah Komunikasi MPK Norfiza Mahfiz berkata tokong yang menyerupai masjid dengan kubah berwarna hijau dan lambang bulan di atasnya itu, terpaksa dirobohkan kerana ia dibina secara haram atas tanah kerajaan dan kawasan rizab jalan.

“Kami mengeluarkan notis kepada pemilik pada 24 Januari lalu mengarahkan struktur itu dialihkan selewatnya 27 Januari.

“Namun, pemilik itu berjanji mengalihnya selepas sambutan Tahun Baru Cina, tetapi tetap gagal berbuat demikian,” katanya.

Tokong itu dikritik di media sosial kerana menyerupai masjid.
Advertisements

Pegawai Daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor dilaporkan berkata pemiliknya melanggar Seksyen 425 dan 426A(1)(c) Kanun Tanah Negara kerana menduduki tanah itu secara tidak sah.

Norfiza dalam kenyataannya hari ini berkata pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian bersama kakitangan MPK menjalankan kerja meroboh itu.

“Kerja meruntuh itu dijalankan mengikut Akta Saliran dan Bangunan kerana membina struktur atas tanah kerajaan,” katanya.

Kerja meruntuh tokong berwarna kuning itu dijalankan dengan kehadiran polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor. – FMT


http://www.malaysiadreamnews.com/13081/mpk-roboh-tokong-berkubah-masjid-di-klang/






Labels: agama

TERIMA KASIH SUDI BACA Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini merobohkan tokong di Jalan Makyong, Bukit Raja Klang. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top