Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

'Nama je student U tapi penipu. Kita pun boleh tunjuk lah nak pergi kaunter mana. Stupid punya perempuan, penipu' !

Aduan Pengguna @ Terminal Bas Penang Sentral, Butterworth

Saya, merupakan pelajar Uitm Pulau Pinang. Pada hari Jumaat lepas saya ke stesen bas di Penang Sentral untuk membeli tiket bas pulang ke kampung bersama rakan saya. 

Seperti kebiasaan akan ada ramai penjual tiket (ulat tiket) yang akan menyerbu pelajar-pelajar seperti kami untuk membeli tiket daripada mereka. Saya turut tidak terkecuali didatangi seorang lelaki (warga penang) dalam lingkungan usia 30-40 tahun (pakai sling bag, botak, berbadan agak gempal) bertanyakan ke mana saya nak pergi. Saya menolak dengan cara yang baik dan menggelengkan kepala kerana saya hendak beli tiket di kaunter kebiasaan saya beli. 

Jadi saya terus ke kaunter tiket tersebut bagi melakukan pembelian. Tetapi sebaliknya lelaki tersebut memaki hamun saya, dan berkata 'Nama je student U tapi penipu. Kita pun boleh tunjuk lah nak pergi kaunter mana. Stupid punya perempuan, penipu' !

Perkara sebegini telah banyak kali berlaku terutamanya kepada pelajar-pelajar yang datang untuk membeli tiket di situ. Penjual tiket yang bersikap biadab lelaki mahupun perempuan memaki hamun kami apabila tidak mengendahkan/tidak mahu membeli dari mereka. Sebelum ni saya juga pernah terkena dengan penjual tiket perempuan (warga asing). 

Jadi saya berharap pihak berkuasa akan ambil tindakan kerana ia mendatangkan ketidakselesaan kepada pembeli-pembeli yang datang ke sana.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA 'Nama je student U tapi penipu. Kita pun boleh tunjuk lah nak pergi kaunter mana. Stupid punya perempuan, penipu' !. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top