Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

darah keluar dari mulut dan telinga adik,dia dalam keadaan tenat serta tidak boleh bercakap-Nafas terakhir di bumi anbiya

Nafas terakhir di bumi anbiya

Pengidap leukemia tahap empat, Muhammad Ramadan Alias, 20, yang berlepas keTanah Suci untuk mengerjakan umrah Rabu lalu dengan tajaan Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) dan kerajaan negeri, meninggal dunia di Madinah jam 11.20 pagi ini (waktu Malaysia)

.Abangnya, Luqman Hakim,32, ketika dihubungi mengesahkan adik bongsunya itu meninggal dunia di sebuah hospital di Madinah selepas menerima rawatan sejak petang semalam.


Menurutnya, ibunya yang mengiringi Muhammad Ramadan untuk mengerjakan umrah menghubunginya kira-kira jam 2 petang semalam dan memaklumkan Muhammad Ramadan mengalami pendarahan.

"Semalam, ibu memaklumkan darah keluar dari mulut dan telinga adik,dia dalam keadaan tenat serta tidak boleh bercakap."Pagi ini, kami terima berita mengejutkan apabila ibu menghubungi saya dan memaklumkan Muhammad Ramadan sudah meninggal dunia dan jenazahnya akan dikebumikan di sana,


" katanya sambil menjelaskan ibu dan arwah adiknya itu sepatutnya bertolak ke Makkah dari Madinah semalam untuk mengerjakan umrah.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA darah keluar dari mulut dan telinga adik,dia dalam keadaan tenat serta tidak boleh bercakap-Nafas terakhir di bumi anbiya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top