Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Video Ali Tinju Mengamuk Dihalau DBKL Ketika Mahu Meniaga Di PWTC , Ini Amaran Ali Tinju Kepada DBKL

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berang dengan tindakan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan gerainya mengedarkan minuman dan makanan percuma.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, 43 ketika ditemui berkata kecewa dengan tindakan penguatkuasa DBKL itu tersebut yang didakwa menghalangnya untuk melakukan kerja-kerja amal.

“Saya dimaklumkan menteri dah telefon Datuk Bandar untuk maklumkan (saya) dibenarkan untuk berniaga dan Datuk Bandar pun dah kata ok.

“Tapi pegawai DBKL kata dia tidak dapat makluman dan tak boleh buat apa, dia (DBKL) paksa kita beredar terus dia sita (sedangkan) kami bukan nak berniaga hanya ingin berbakti untuk bagi minuman dan makanan percuma, salahkah kami nak buat kerja (kebajikan),” katanya .



Ali turut menggesa pihak DBKL untuk segera menarik kembali larangan yang dikeluarkan itu bagi membolehkan pihaknya membuka gerai untuk mengedarkan makanan percuma.“Kalau u (DBKL) betul-betul nak buatn kerja esok saya tak nak tengok (ada) kereta (parking) tepi jalan jangan bagi jalan jam (sesak) biar semua jalan lancar.

“(Kalau ada) yang buat kesalahan tak kira dia menteri atau perdana menteri (mesti) saman, saya cabar penguatkuasa DBKL (supaya) jangan pilih bulu,” ujarnya pula. – SuaraTV



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Video Ali Tinju Mengamuk Dihalau DBKL Ketika Mahu Meniaga Di PWTC , Ini Amaran Ali Tinju Kepada DBKL . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top