Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Adik Buntat Mengidap disleksia Yang Tiada Penawar, Ini Perkongsian Dari Ibu Beliau

Lakonan berkesan menerusi watak kanak-kanak lelaki bernama Buntat dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku yang ditayangkan di TV3 meninggalkan kesan cukup kuat dalam hati kebanyakan penonton.


Di sebalik keberkesanan lakonan itu, siapa sangka kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut, Muhammad Ariff Abdullah menghidap disleksia iaitu sejenis masalah gangguan pembelajaran.

Ibu Ariff, Rosdiana Mastura Abdullah, 29, berkongsi kisah tentang anak sulungnya yang menghidap disleksia sejak berusia enam tahun.

“Muhammad Ariff menghadapi masalah membaca dan menulis namun daya pemikirannya sama seperti kanak-kanak normal lain.

“Dia ditempatkan di kelas pemulihan bahasa Melayu selepas mula bersekolah bagi membantunya untuk menulis dan membaca,” ujar Rosdiana tentang anak sulungnya itu.

Menurut wanita itu lagi, penyakit Muhammad Ariff menjadikan anaknya itu hanya cenderung untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang diminatinya sahaja.

Sebagai ibu, Rosdiana sentiasa berada di samping anaknya dalam setiap babak lakonan bagi membantu Muhammad Ariff menghafal dialog dan menjiwai watak dengan berkesan.

Gangguan pembelajaran


Disleksia merupakan masalah pembelajaran yang paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak di dunia.

Kira-kira 80 peratus kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran menghidap disleksia.

Penghidapnya berdepan masalah pembelajaran yang melibatkan huruf dan bahasa.

Mereka bagaimanapun boleh memahami dan meniru pergerakan tubuh badan seseorang sebagai salah satu kaedah pembelajaran.

Penyakit itu merupakan sejenis gangguan pembelajaran apabila otak penghidapnya tidak dapat mengesan atau mengecam huruf dan perkataan.
Ads by Kiosked

PENGHIDAP disleksia berdepan kesukaran untuk mengenal pasti huruf kerana melihatnya seperti dalam kedudukan terbalik.

Menurut Pusat Masalah Pembelajaran Kebangsaan yang terletak di Manhattan, Amerika Syarikat, disleksia biasanya berpunca daripada masalah neurologi dan bersifat genetik.

Ia berlaku apabila bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak matang atau belum matang dari segi pertumbuhan, seterusnya menyebabkan bahagian yang mengawal fungsi ejaan dan bacaan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Kesannya, terjadilah masalah disleksia.

Secara automatik, otak mereka gagal mengesan huruf dan melihatnya secara terbalik.

Kanak-kanak yang sedar mereka gagal untuk mengecam huruf dan sukar membaca akan berasa sedih, lalu berlakulah perubahan tingkah laku.

Penghidap disleksia bagaimanapun tiada masalah mengikuti kelas-kelas yang bersifat praktikal seperti kelas menari, berlakon, muzik dan seni.

Mereka hanya berdepan kesukaran dalam subjek-subjek yang memerlukan aktiviti menulis, membaca serta menghafal.

Orang ramai sering menganggap disleksia berlaku kerana kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak atau kegagalan mereka dalam memberikan arahan yang betul kepada penghidapnya, namun perkara tersebut dinafikan oleh pakar-pakar perubatan yang menjalankan kajian terhadap pesakit disleksia.

Tiada penawar

Kesan penyakit disleksia adalah berbeza antara setiap penghidapnya. Satu-satunya persamaan yang ada pada penghidap penyakit itu ialah tahap kebolehan mereka membaca jauh lebih rendah berbanding kanak-kanak seusia.

Menurut Dr. Sally Shaywitz yang merupakan penulis buku Overcoming Dyslexia, ramai penghidap disleksia boleh menjadi individu yang berjaya dalam pelbagai bidang apabila mereka menginjak dewasa.

“Penghidap disleksia bukanlah bermaksud mereka kurang pintar, tetapi proses pembelajaran bagi mereka adalah lebih sukar berbanding kanak-kanak normal yang lain.

“Mereka akan boleh membaca dan menulis, cuma ia berlaku jauh lebih perlahan berbanding orang lain,” tulis beliau dalam buku tersebut.

Disleksia tiada penawar namun penghidapnya boleh dibantu dengan beberapa kaedah pembelajaran yang bersesuaian.

Ibu bapa haruslah sentiasa menggalakkan anak-anak supaya membaca dan berilah kata-kata semangat serta dorongan atas setiap kejayaan yang berjaya dicapai biarpun kecil.

sumber:kosmo.com.my



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Adik Buntat Mengidap disleksia Yang Tiada Penawar, Ini Perkongsian Dari Ibu Beliau. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top