Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

jabatan agama Malaysia menangani isu khalwat Keterlaluan Berbanding negara Arab - Sheriff Kassim

PETALING JAYA : Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim hari ini menolak pandangan kumpulan bekas penjawat awam G25 terhadap “serbuan” bagi kes khalwat yang dilakukan di negara ini.

Haris secara sinis memberi gambaran yang pandangan wakil NGO itu berbeza kerana mereka berlainan disiplin dan pemahaman ilmu.

“Saya tak nak komen hal ini. Beliau buku lain, saya buku lain. Kitab yang kami baca tak sama, macam mana nak bertemu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan dibuat Penasihat G25, Tan Sri Mohd Sheriff Kassim yang menyatakan cara jabatan agama Malaysia menangani isu khalwat hari ini keterlaluan berbanding Arab Saudi atau negara Teluk lain.

Sheriff menegaskan, malah Arab Saudi, negara yang merupakan tanah suci bagi umat Islam, mengeluarkan garis panduan tegas terhadap had kuasa polis moral daripada mengganggu dan menangkap orang Islam.

“Arahannya adalah polis moral tidak boleh bertindak sesuka hati dan sebaliknya, perlu menasihati mereka yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang moral untuk berubah dan bertaubat,” katanya dalam satu kenyataan.

Komen beliau adalah susulan kematian dan kecederaan 2 anggota polis yang bertindak terjun bangunan untuk melarikan diri daripada serbuan Jais baru-baru ini.

Haris pada 7 Disember turut menegaskan pegawainya sudah mengikuti semua peraturan ditetapkan semasa melakukan operasi dan meminta orang ramai tidak menganggapnya sebagai serbuan.

“Jais bukannya membuat ‘serbuan’ seperti serbuan di tempat sensitif atau serbuan di kawasan penjenayah,” katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA jabatan agama Malaysia menangani isu khalwat Keterlaluan Berbanding negara Arab - Sheriff Kassim. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top