Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tak Cukup Jahat Di Negara Sendiri, Warga Myanmar Buat Jahat Dalam Malaysia

SEREMBAN - Seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam, atas dakwaan melakukan enam rompakan antara September dan November lalu.


Abdul Majid Hussin, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, G Ramesh dan Fathiyah Idris secara berasingan.

Tertuduh didakwa melakukan rompakan dengan bersenjatakan gunting di My Recepi Garden, Rahang, di sini, pada 11 September lalu, sekitar jam 11.30 pagi.

Seterusnya pada 14 Oktober, tertuduh bersama dua lagi rakan subahat yang masih bebas didakwa melakukan rompakan di sebuah kediaman di Taman Bukit Ampangan, di sini, lebih kurang jam 1.40 petang.

Kemudian pada 28 Oktober sekitar jam 9.30 pagi, tertuduh dikatakan melakukan rompakan dengan bersenjatakan parang di sebuah kediaman di Taman Saga, Lobak, di sini.

Rompakan keempat pula didakwa dilakukan tertuduh di kedai Maxcaster Interior Design Enterprise, Jalan Siamang Gagap, di sini, pada 1 November lalu, kira-kira jam 5.40 petang.

Abdul Majid turut dituduh melakukan rompakan di Taman Ampangan Jaya, di sini, pada 12 November, lebih kurang jam 12 tengah hari.

Akhir sekali pada 14 November, tertuduh didakwa melakukan rompakan di sebuah kediaman di Jalan Datuk Klana Maamor, di sini, sekitar jam 8.30 pagi.

Satu rantai emas, dua bentuk cincin, sepasang subang berlian dan rantai emas berlian  perkahwinan milik mangsa dikatakan menjadi sasaran tertuduh.

Seksyen diguna pakai dalam kes ini adalah 392, 392/397, 394 dan 395 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan kedua-dua hakim menetapkan 17 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Tak Cukup Jahat Di Negara Sendiri, Warga Myanmar Buat Jahat Dalam Malaysia. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top