Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

syarikatnya bersedia menaja semula pasukan bola sepak Kelantan bagi membolehkan pasukan itu menyertai saingan Liga Malaysia , tetapi bersyarat.



Beliau berkata syaratnya ialah kelab penyokong dan peminat pasukan bola sepak Kelantan perlu mempromosi dan membeli produk keluaran Vida Beauty.

PETALING JAYA: Datuk Seri Hasmiza Othman berkata syarikatnya bersedia menaja semula pasukan bola sepak Kelantan bagi membolehkan pasukan itu menyertai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017, tetapi bersyarat.

Pemilik Vida Beauty Sdn Bhd itu yang lebih dikenali sebagai Dr Vida berkata antara syaratnya ialah kelab penyokong dan peminat pasukan The Red Warriors (TRW) itu perlu mempromosi serta membeli produk keluaran syarikatnya sebagai tanda sokongan kepada tajaan berkenaan.

“Saya boleh pertimbangkan untuk menaja pasukan TRW bagi saingan Liga Malaysia 2017 tetapi dengan syarat kelab penyokong dan penyokong TRW membuat promosi dan membeli produk keluaran Vida Beauty,” katanya kepada FMT.

Jutawan kosmetik itu sebelum ini dilaporkan sedia menaja dan membelanjakan RM20 juta, bagi memastikan skuad Kelantan berada pada prestasi terbaik selama 2 musim bermula tahun ini.

Bagaimanapun, beliau menangguhkan penajaan TRW pada 2017 susulan prestasi pasukan itu yang tidak memuaskan pada tahun ini sekali gus meletakkan pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang itu mengalami masalah kewangan yang parah kerana tidak ada penaja.
Dr Vida berkata antara sebab mengapa beliau menangguhkan penajaan TRW ialah kerana kurangnya pembelian produknya daripada penyokong.

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memutuskan untuk menarik diri daripada saingan Liga Malaysia 2017 susulan ketidakmampuan untuk menyediakan dana mencukupi kepada pengurusan TRW.

Kafa memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi membolehkan pasukan itu kekal bersaing secara kompetitif, namun persatuan itu masih bergelut mencari sumber kewangan selepas Tan Sri Annuar Musa meletakkan jawatan pengerusi secara mengejut, awal bulan lalu.


Mesyuarat khas xxco Kafa pada 15 Disember lalu mendedahkan dana kewangan terkumpul persatuan itu hanya RM800,000 daripada sumbangan penaja tertentu dan mereka perlu bekerja keras mencari dana sebelum sepak mula Liga-M, akhir Januari depan.


Susulan keputusan Kafa itu, ramai yang merayu supaya ada pihak tampil membantu menaja TRW dan memberi nafas baharu kepada pasukan itu untuk kekal beraksi musim depan.


Terbaru, badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK) menggerakkan kempen “Satu Rakyat Kelantan, RM10”, bagi menyelamatkan masa depan pasukan bola sepak negeri itu daripada terkubur dalam saingan Liga-M 2017.


Penyelarasnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kutipan di bawah tabung Dana Penyelamat Bola Sepak Kelantan itu bertujuan menyelamatkan TRW selepas Kafa mahu menarik diri daripada menyertai saingan liga domestik itu.


Sementara itu, Annuar menerusi kenyataan terbarunya meminta Kafa menimbang semula keputusan menarik penyertaan pasukan bola sepak negeri itu dalam saingan Liga-M 2017.
Katanya, tindakan Kelantan menarik diri daripada menyertai pertandingan tersebut akan menyebabkan skuad pantai timur itu berdepan tindakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).









https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA syarikatnya bersedia menaja semula pasukan bola sepak Kelantan bagi membolehkan pasukan itu menyertai saingan Liga Malaysia , tetapi bersyarat.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top