Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Amah Didera, Ditinggalkan Terbaring Tepi Longkang

Amah Didera, Ditinggalkan Terbaring Tepi Longkang

Sudahlah didera hingga lebam satu muka, seorang pembantu rumah dibiarkan terbaring di tepi longkang di sebuah kawasan perumahan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, semalam.
Remaja perempuan berusia 19 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan cedera parah oleh pengawal keselamatan di Jalan PJU 7/30 kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa dibawa ke klinik berdekatan oleh seorang wanita yang juga penduduk di kawasan berhampiran.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mendakwa didera majikannya yang tinggal di satu unit kediaman di kawasan dia ditemui.
“Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut susulan kecederaannya yang agak serius.

Sementara itu, wanita yang membantu mangsa dikenali sebagai Puan Tai berkata mengetahui kejadian tersebut melalui pembantu rumahnya.
Menurutnya, terkejut melihat keadaan mangsa yang cedera teruk di muka, telinga, leher dan belakang badannya dipenuhi darah sebelum membawa mangsa ke klinik dan membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara.

Difahamkan, majikan yang mendera mangsa sudah dikenal pasti dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.
#INFO SELURUH NEGARA BOYZ



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA Amah Didera, Ditinggalkan Terbaring Tepi Longkang. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top