Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ibu tunggal 2 anak TUMBUK muka bekas suami didakwa





Sayu : Ibu tunggal 2 anak TUMBUK muka bekas suami didakwa .. BOLEH dipenjara dan denda


AYER KEROH : Seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menumbuk muka bekas suaminya, Mei lalu.


Bagaimanapun, Raihana Anuar, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norina Maludin.


Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan menumbuk muka bekas suaminya yang berusia 32 tahun di Taman Datin Fatimah, Bukit Rambai, kira-kira jam 8 malam, pada 16 Mei lalu.

Raihana didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria menawarkan jaminan RM2,000, selain memaklumkan pihaknya belum merakamkan percakapan daripada pihak pengadu.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam bela Hazri Hanafi merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan perlu menanggung dua anak berusia tiga dan empat tahun, selain pengadu kes itu sudah membuat laporan menarik balik kes.


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Februari depan untuk sebutan semula kes.

http://thetrendingnow.blogspot.com








Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Ibu tunggal 2 anak TUMBUK muka bekas suami didakwa. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top