Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Adik Rozaimi Kena Rogol, Takkan Nak Biarkan Kesemua Adiknya Dirogol? - Soal Razak Bidin

Jawapan Pemergian TGHH ke Persidangan di Iran

Pemergian TGHH ke konferensi berkenaan adalah antaranya permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (org sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi)


supaya dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap ahli Sunni yang berada dan menjadi rakyat Iran. Selain dari itu TGHH juga menjelaskan isu isu keganasan dan puncanya di waktu ini.

https://2.bp.blogspot.com/-TsxPWH1iHCA/WFdgHniqOqI/AAAAAAAADd8/BJk6Oy0_qLYAgzf4dK3wlxxFouljbkqVwCLcB/s1600/15622713_1450349284998341_1371484955118427163_n.jpg

TGHH juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas. Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. Selain dari TGHH, antara tokoh Sunni lain yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Saadat Party Turki, Sheikh Dr Taj El- Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi.

Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini adalah memerlukan kupasan dan analisa yang lebih mendalam, dan insyaAllah TGHH sendiri akan megupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana mana media antarabangsa atau mana mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas. Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan.

https://2.bp.blogspot.com/-1-rXi6zM92s/WFdgHtSAtHI/AAAAAAAADeA/URSsi0waE6od0v4gOSmCeBTeJFllx9fZQCLcB/s1600/15622283_1450611904972079_983121095879056340_n.jpg







Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Adik Rozaimi Kena Rogol, Takkan Nak Biarkan Kesemua Adiknya Dirogol? - Soal Razak Bidin . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top