Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Program hiburan terkenal Running Man Akan Dihentikan Siaran Bermula Tahun Depan

SEOUL – Program hiburan terkenal Korea Selatan, Running Man akan ditamatkan siaran pada Februari tahun depan.



Kesemua enam peserta sedia ada termasuk Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook yang sebelum ini dilaporkan akan meninggalkan program berkenaan bagaimanapun akan bertahan sehingga ke episod terakhir, lapor laman sesawang Koreaboo dan Apple Daily.

Broadcaster SBS dipetik oleh Koreaboo sebagai berkata dalam satu kenyataan:. “Para peserta dan penerbit Running Man berkumpul di Seoul hari ini untuk satu mesyuarat tergempar bagi mengatasi salah faham dan masalah komunikasi antara mereka.

“Selepas perbincangan yang panjang dan mendalam, kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk menamatkan persembahan pada akhir Februari 2017.”

Bintang-bintang dan penerbit Running Man ‘tidak mahu menamatkan persembahan dalam keadaan sedih’ dan memutuskan untuk mengekalkan kesemua enam pelakon sedia ada.

Keputusan itu dibuat selepas SBS merancang untuk reboot semula program berkenaan pada tahun depan selepas Penyanyi Rap, Gary meninggalkannya untuk memberi tumpuan kepada muzik.

Pada hari Rabu, selepas Song dan Kim mengesahkan mereka akan meninggalkan Running Man, SBS berkata Penyampai, Kang Ho Dong akan menyertai program itu pada bulan Januari, seperti yang dilaporkan Yonhap News Agency.

Tetapi pada hari Khamis, Kang mengubah fikiran, selepas agensi Song mendapat tahu tentang pemergian beliau dari program hiburan berkenaan hanya melalui laporan berita.

Penerbit Running Man telah memohon maaf kepada Song dan Kim dalam satu kenyataan dan menyatakan berita yang tidak dijangka telah terbit tentang perubahan yang dirancang ke atas program itu. – MYNEWSHUB.CC



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Program hiburan terkenal Running Man Akan Dihentikan Siaran Bermula Tahun Depan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top