Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kontraktor pembersihan berusia 64 tahun maut selepas dihempap traktor dipandunya ketika melakukan kerja memotong rumput

Ajal dihempap traktor
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Segamat: Kontraktor pembersihan berusia 64 tahun maut selepas dihempap traktor dipandunya ketika melakukan kerja memotong rumput di lereng bukit kawasan Petronas Gas Sdn Bhd di Kilometer 8, Lebuhraya Segamat menghala ke Kuantan, di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintenden Yusuf Unis berkata, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi mengakibatkan mangsa, Mohd Ridza Tahari, meninggal di tempat kejadian.

"Kejadian berlaku apabila tiba-tiba traktor di pandunya itu mengereng ke sebelah kiri lereng bukit itu lalu terbalik dan menghempap sebahagian badan mangsa.
"Ia mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum orang awam yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan kepada seorang kakitangan keselamatan Petronas Gas berhampiran," katanya di temui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini, hari ini..

Katanya, anggota Bomba dan Penyelamat di Jalan Abdullah membantu mangsa sebelum dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) menaiki ambulans.
Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya di tempatkan di Jabatan Forensik HDS untuk bedah siasat dan siasatan awal mendapati mangsa mendapat pelbagai kecederaan dalaman dan luaran.

Katanya, berikutan itu, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA Kontraktor pembersihan berusia 64 tahun maut selepas dihempap traktor dipandunya ketika melakukan kerja memotong rumput. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top