Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

"Tak dapat saya, baby pun boleh jadi hal. Tak boleh nak video, takut dia nampak. Handphone selalu kena hempas- jutawan jamu







(Video) 'Bantulah Kami, Saya Tak Mampu Nak Tutup Lagi'


SEOUL, KOREA SELATAN - Anda masih ingat lagi dengan kes seorang jutawan jamu yang pernah viral di media sosial bernama Hanni Borhan?

Pada Ogos 2015, Hanni Borhan dilaporkan telah meninggalkan suaminya yang merupakan seorang penagih dadah, gila seks dan kaki pukul sehingga dia dan anak-anak menjadi mangsa dera.

Hanni dan anak-anaknya telah lari pada jam 12 malam, 7 Ogos 2015 dan nekad memulakan hidup baru.

Namun baru sejam tadi, Hanni memuat naik video anak bongsunya menangis dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai suaminya.

Berdasarkan video singkat itu, Hanni bersama dua anak sulungnya hanya mampu melihat si kecil itu disepak oleh lelaki terbabit.

"Tak dapat saya, baby pun boleh jadi hal. Tak boleh nak video, takut dia nampak. Handphone selalu kena hempas.

"Bila di luar kawasan CCTV, memang kami akan kena. Mula-mula maki hamun, lama-lama sepak terajang.

"'Bateri' boleh tahan 3 ke 4 hari. Nanti dia okay, boleh gurau-gurau. Bila 'bateri' weak, siaplah. Bergurau pun tak boleh. Budak bising-bising pun tak boleh," katanya.

Ekoran kejadian itu, anak bongsu Hanni cedera di bahagian hidung dan mulut.

Video yang dimuat naik oleh Hanni itu kini viral di media sosial. Ramai netizen yang mengenalinya meminta Hanni membuat laporan polis segera kerana bimbang dengan keselamatan mereka anak beranak.





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA "Tak dapat saya, baby pun boleh jadi hal. Tak boleh nak video, takut dia nampak. Handphone selalu kena hempas- jutawan jamu. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top