Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Dibunuh angkara wang perkahwinan-bakal menantu kelar leher mentua hingga putus


Dibunuh angkara wang perkahwinan

Kudat: Lelaki ditemui mati dengan lehernya hampir terputus manakala isteri dan tiga lagi anaknya parah selepas diserang oleh lelaki warga asing menggunakan parang di rumah tidak bernombor berhampiran Kampung Narandang, di sini, semalam.

Dalam kejadian 1.50 tengah hari itu, mangsa Jotin Yojunpin, 42, ditemui terbaring di atas lantai rumahnya dengan keadaan berlumuran darah dan lehernya hampir terputus dipercayai dikelar menggunakan parang.

Turut ditemui di dalam rumah berkenaan adalah isterinya, Saulin Maridik, 36, yang parah di bahagian tangan, kepala dan leher sementara tiga lagi anak pasangan itu iaitu Suzianah, 17; Erna Salviani, 11; dan Natalia berusia lima tahun mengalami kecederaan di badan dipercayai ditetak oleh suspek terbabit.
Ketua Polis Daerah Kudat, Superitendan Douglas Nyeging Taong berkata, susulan kejadian itu, polis kemudiannya menjalankan gerakan memburu suspek sebelum berjaya menahannya kira-kira 500 meter daripada lokasi kejadian di pada 11.30 pagi tadi.

"Polis menerima maklumat berhubung kejadian ini pada 4.05 petang semalam, sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi dan menemui mayat mangsa di lantai rumahnya dengan keadaan berlumuran darah serta lehernya hampir putus dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam.

"Empat lagi ahli keluarganya termasuk isteri turut parah dalam kejadian itu dan sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Susulan kejadian berkenaan, polis kemudiannya menggerakkan usaha memburu suspek dan kita akhirnya berjaya menahan lelaki warga asing berusia 21 tahun kira-kira 500 meter daripada lokasi kejadian ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, menurut siasatan awal, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan suspek berkaitan wang perkahwinan di antara suspek serta anak perempuan mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.






Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA Dibunuh angkara wang perkahwinan-bakal menantu kelar leher mentua hingga putus. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top