Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kemungkinan Di Baham Buaya

LAHAD DATU - Seorang kaki pancing hilang dikhuatiri dibaham buaya di sebuah sungai di Kampung Sabah Baru, Peringkat 1 dekat sini, petang semalam.
gambar hiasan

Bagaimanapun, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Mohd Affendy K Ramin berkata, kejadian pada kira-kira pukul 4.00 petang itu hanya dilaporkan hari ini dan melibatkan mangsa lelaki Ainajil Sambutuk, 30an.

"Kami menerima panggilan pada pukul 4.47 petang ini dan dua jentera bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian.

"Pasukan bomba terus membuat pemantauan keadaan di sekeliling sungai, tetapi sehingga kini mangsa masih gagal ditemui," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat itu ditangguhkan pada pukul 6.37 petang tadi dan disambung esok. - Bernama



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kemungkinan Di Baham Buaya . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top