Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

MINUM AIR LEPAS BANGUN TIDUR PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK??


MINUM AIR LEPAS BANGUN TIDUR PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK??
Admin mendapat mesej seperti yang tertera. Dalam mesej tersebut ada beberapa point yang ingin penulis bawa:

1) Minum air selepas tidur adalah penyebab kepada kerosakkan buah pinggang kerana badan panas selepas tidur
2) Perumpamaan minum air selepas tidur adalah seperti mencurah air kepada kuali yang panas
3) Nabi Muhammad SAW TIDAK PERNAH minum air ketika perut kosong
4) Majoriti doktor bergurukan daripada yahudi dan nasrani yang tidak mahu umat islam sihat


Seringkali mesej-mesej seperti ini berlegar di FB dan juga di whatapps. Ia disertakan sekali dengan penguat cerita iaitu mengaitkan semua benda dengan teori konspirasi, yahudi dan nasrani.

Kami ingin membetulkan berkenaan perkara yang diperkataan kerana ramai orang keliru dengan perkara tersebut

1) Minum air selepas bangun tidur penyebab buah pinggang rosak??
Perkara ini perlu diperhalusi dengan ilmu anatomi dan fisiologi. Bahaya jika kita membuat tekaan yang rambang begitu sahaja. Saya mulakan dengan menceritakan berkenaan bagaimana badan mengawal setiap parameter dalam badan seperti suhu, pH darah, kepekatan oksigen dalam darah dan sebagainya.
Proses kawalan parameter-parameter di dalam badan ini dinamakan sebagai HOMEOSTASIS. Setiap daripada parameter itu mempunyai julat bacaan tersendiri dan badan akan mengawalnya dengan begitu cermat.
Sebagai contoh:

1) Suhu badan: 36.5 - 37.5 darjah celcius
2) pH: 7.35 - 7.45
3) Kepekatan oksigen : 70-80
4) Potassium: 3.5 - 5
5) Capillary blood sugar: 4-8


dan banyak lagi

Semua bacaan ini akan dikawal selia dengan tepat oleh sistem badan. Sebagai contoh jika kepekatan oksigen dalam badan berkurangan, otak akan mencetuskan impulse ke otot pernafasan supaya kadar pernafasan meningkat. Aktiviti ini akan meningkatkan balik kepekatan oksigen di dalam badan.
Berbalik kepada post tersebut, ia mengatakan bahawa suhu badan ketika bangun tidur adalah tinggi dan perbuatan meminum air ketika itu akan merosakkan buah pinggang sama seperti ketika mana kita menyimbah air kepada kuali yang panas.
Argument kami:

Perkara yang sebenarnya adalah semasa kita bangun daripada tidur, suhu badan kita adalah seperti biasa iaitu daripada 36.5 hingga 37.4 darjah celcius. Tidak panas daripada biasa pun. Apabila kita minum air ketika itu, saluran pencernaan akan meningkatkan suhu minuman itu sehingga mana ia sama seperti suhu badan.

Dan perlu diketahui bahawa buah pinggang tidak bersambungan dengan saluran pencernaan. So, air yang kita minum itu tidak akan kena secara 'direct contact' kepada buah pinggang.

 Jika kita mengkaji berkenaan masalah buah pinggang ia terbahagi kepada 2 iaitu
1) Acute renal failure: Kegagalan buah pingang yang berlaku secara akut(cepat)
2) Chronic renal failure: Kegagalan buah pinggang yang berlaku secara chronic(lambat)


Kedua-dua penyebab kerosakkan ini boleh dibahagikan kepada 3 iaitu
1) Pre- renal: Kerosakkan itu disebabkan faktor sebelum sampai kepada buah pinggang. Sebagai contoh tekanan darah yang rendah disebabkan pendarahan yang banyak. Ini menyebabkan kurangnya darah sampai kepada buah pinggang
2) Renal: Kerosakkan itu berlaku pada buah pinggang itu sendiri sebaagai contohnya disebabkan kencing manis yang tidak terkawal, ubat-ubatan yang merosakkan, toksin dan sebagainya


3) Post renal: Disebabkan sumbatan pada ureter(saluran ke pundi kencing).

Jika kita lihat penyebab kerosakkan buah pinggan ini, tiada satu pun yang boleh menerangkan bagaimana minum air selepas bangun tidur boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggan.

2) Nabi Muhammad SAW TIDAK PERNAH minum air ketika perut kosong??
Walaupun nabi tidak minum air kosong selepas bangun tidur, nabi tidak menyatakan larangan itu kepada orang lain. Kita tahu bahawa nabi apabila bangun dia akan menyebut nama Allah dahulu, selepas itu mengambil air wuduk dan sembahyang sunat.

Bukan setakat itu, nabi cakap kalau nak bersahur dgn air kosong pun tiada masalah
Saya tidak pernah dengar langsung larangan daripada Nabi berkenaan tidak boleh minum air sejurus selepas bangun tidur. Dan jika ada pun, ia tidak lagi dibuktikan boleh merosakkan buah pinggang kerana tiada penjelasan dan tiada lagi kajian terhadap perkara tersebut

Menthabitkan sesuatu ke atas nabi tanpa apa-apa pembuktian adalah suatu dosa yang besar dan akan mendatangkan fitnah pada agama kelak.

3) Guru kepada doktor perubatan adalah yahudi dan nasrani
Begitu lemahnya akal umat apabila berfikir sedemikian rupa. Ketahuilah bahawa cendekiawan-cendekiawan islam pada zaman turki uthmaniyah mengambil sumber rujukan daripada tamadun-tamadun disekeliling mereka. Mereka ambil, mereka terjemahkan, pelajari dan asingkan mana yang betul dan mana yang salah. Menjalankan kajian untuk membuktikan teori daripada tamadun lain dan juga teori yang mereka hasilkan sendiri.

Dan sudah semestinya, ilmu itu sepatutnya berada ditangan orang yang beriman. Sebab itu orang yang benar-benar beriman akan mencari ilmu itu untuk digunakan bagi dirinya dan juga agamanya. Bukan menuduh itu yahudi dan ini nasrani dengan tujuan supaya orang lain tidak mempelajari ilmu tersebut
Boleh saya katakan pemikiran inilah yang akan membuatkan umat islam itu sendiri lemah dan jumud.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA MINUM AIR LEPAS BANGUN TIDUR PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK??. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top