Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ramai Janda Terluka Melakukan Kerja "pembunuh Perempuan simpanan Suami"

SEORANG wanita di China membina kerjaya yang unik apabila membantu golongan isteri membalas dendam terhadap wanita simpanan suami mereka yang curang dalam perkahwinan.

Shanghaiist melaporkan, Zhang Yufeng memilih kerjaya pelik itu selepas suaminya sendiri curang dan menceraikannya pada 1990-an.

Zhang memutuskan untuk membalas dendam dengan mencari suaminya dan wanita simpanan terbabit hingga memaksa mereka melarikan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat untuk mengelak daripada berjumpa dengannya.



Selepas kejadian tersebut, seorang wanita meminta bantuannya untuk membalas dendam untuk anaknya yang kemurungan dan membunuh diri selepas ditinggalkan suami yang curang.

Janda Bina Kerjaya 'Pembunuh' Perempuan Simpanan


Dia dilaporkan membantu ribuan isteri yang ‘terluka’ akibat perbuatan curang suami dengan mengumpul bahan bukti untuk kes di mahkamah.


Janda Bina Kerjaya 'Pembunuh' Perempuan Simpanan

Bukan itu sahaja, dia juga membantu isteri untuk memukul dan memalukan wanita simpanan yang dianggap perosak rumah tangga sehinggakan menerima nama jolokan sebagai ‘pembunuh wanita simpanan’.

Zhang kini memiliki kediaman di Beijing, China yang turut dijadikan tempat perlindungan untuk wanita yang diusir suami kerana mempunyai kekasih baru.

Dia dianggap sebagai wira dan perniagaannya semakin berkembang sejajar dengan peningkatan kadar penceraian di negara itu.

“Saya berjanji akan menghapuskan lelaki seperti itu tanpa belas kasihan,” katanya yang menerima lebih 100 panggilan sehari daripada wanita yang terdesak.

Janda Bina Kerjaya 'Pembunuh' Perempuan Simpanan


Sejak kebelakangan ini, banyak video dimuat naik di media sosial China memaparkan sekumpulan wanita memukul dan membogelkan perempuan dipercayai wanita simpanan di khalayak ramai.

Namun, video tersebut mendapat kritikan kerana tidak adil apabila hanya perempuan simpanan yang mendapat malu yang mana sepatutnya suami curang juga harus dipersalahkan dalam hal ini.

Bagaimanapun, Zhang berpendapat wanita seperti itu sama saja jahatnya malah dianggap tidak ubah seperti ‘syaitan Jepun’ yang patut dipancung menggunakan pedang.

“Kali pertama saya membelasah seorang wanita simpanan apabila sedang membantu seorang wanita menyiasat suaminya yang curang.

“Ketika saya menendang, memukul dan menghinanya, polis datang dan saya memberitahu wanita itu menggoda suami orang.

“Polis tersebut berkata ‘saya tidak nampak apa-apa’ dan itu menandakan perbuatan saya tidak akan dikenakan tindakan,” katanya.

Zhang menjelaskan perbuatan memukul wanita simpanan ini boleh membantu isteri daripada tekanan emosi. – MYNEWSHUB.CC



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: pelik

TERIMA KASIH SUDI BACA Ramai Janda Terluka Melakukan Kerja "pembunuh Perempuan simpanan Suami". TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top