Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Gila Seks, Bapa Rogol Anak Kandung 11 Kali

KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam ditahan dan direman seminggu sejak Jumaat lalu selepas disyaki merogol anak kandungnya sejak tiga tahun lalu.

gambar hiasan

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya, di Keningau pada Jumaat lalu, selepas mangsa pelajar tingkatan satu membuat pemeriksaan di Hospital Keningau, sehari sebelum tangkapan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Ahmad Jawila, berkata mangsa memberitahu mengenai perbuatan bapanya kepada seorang rakan yang membawanya ke hospital, pada Khamis lalu.

Katanya, doktor yang memeriksa mangsa menghubungi polis pada jam 11.30 malam pada hari yang sama, sebelum siasatan berhubung dakwaan mangsa dibuat.


Mangsa mendakwa dirogol bapanya 11 kali sejak Januari tahun ini hingga November lalu, namun kejadian itu dirahsiakan daripada pengetahuan ibunya kerana takut.

Suspek disiasat mengikut seksyen 376b Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Gila Seks, Bapa Rogol Anak Kandung 11 Kali . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top