Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Siti Kassim Menyeru Orang Melayu Menentang Undang-Undang Syariah Di malaysia

PETALING JAYA: Undang-undang Islam di Malaysia diperalatkan ahli politik yang menggunakannya untuk kepentingan politik, kata Siti Kasim.

Peguam itu menggesa orang Melayu supaya mempertikaikan pelaksanaan undang-undang itu, dan jangan mudah terikut orang politik.



“Undang-undang manusia itu akan memberi kesan kepada orang Melayu, kemudian bangsa lain.

“Kita orang Melayu perlu persoalkan undang-undang itu, bukan terus terima sebagai undang-undang Tuhan.

“Pelajari Islam dari yang tulen, bukannya mereka yang ada motif tersembunyi,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas langkah kerajaan mengambil usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 daripada Presiden PAs Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pindaan itu mencadangkan had hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah dinaikkan kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 rotan.

Hukuman sedia ada dihadkan kepada penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 rotan.

Minggu lalu, kumpulan penjawat awam bersara, G25, berkata pihak berkuasa agama di Malaysia mengawasi khalwat lebih ketat berbanding Arab Saudi.

Penasihat kumpulan itu, Mohd Sheiff Kassim berkata Arab Saudi memperkenalkan garis panduan yang ketat bagi membendung kuasa polis moral.

Beberapa minggu sebelum itu, Malaysia dilabel pencabul hak asasi manusia dalam Laporan Kebebasan Berfikir oleh Kesatuan Humanis dan Etika Antarabangsa.

Ini berdasarkan kepada kawalan identiti agama dan undang-undang syariah yang ketat ke atas masyarakat Melayu, dan enakmen hudud yang mengenakan hukuman mati untuk kesalahan murtad di Kelantan dan Terengganu.

“Sekiranya ini berterusan, Malaysia akan menjadi negara yang menentang semua bentuk hak asasi manusia,” kata Siti mengulas laporan itu.

“Kita kini di persimpangan. Sekiranya orang Melayu tidak bersuara, kita akan hancur dan akan mengambil masa yang lama untuk pulih, itupun kalau pulih.”

Katanya Malaysia tidak akan dapat mencapai status negara maju sekiranya undang-undang manusia itu menjadi alat untuk menekan akses rakyat kepada hak asasi manusia.

“Orang Melayu perlu sedar melawan ahli politik yang menggunakan agama untuk kepentingan politik tidak menjadikan mereka murtad,” katanya.freemalaysiatoday



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Siti Kassim Menyeru Orang Melayu Menentang Undang-Undang Syariah Di malaysia. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top