Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Najib Mungkir Janji, Keluhan Warga Felda Ini Perlu perhatian Bukan Janji Kosong!!

JENGKA - Isu pembayaran pendahuluan hasil antara dibangkitkan dalam sesi soal jawab yang diadakan pada Program Mesra Felda 2016 di Jengka 18, di sini kelmarin.


Ketua Kampung Jengka 1, Mohd Akhir Awang berkata, berkuat kuasa mulai 1 September 2016 bagi hasil Ogos 2016, Felda mengeluarkan arahan kewangan untuk melaksanakan pembayaran sebanyak dua kali sebulan kepada peneroka yang mengurus sendiri ladang tetapi menjual hasil kepada Felda.

J‘Felda kena dengar keluhan kami’
Mohd Rafi (kiri) dan Mohd Akhir menghadiri sesi soal jawab
 yang diadakan pada Program Mesra Felda 2016 di Jengka 18, kelmarin.

Menurutnya, bagaimanapun dari arahan itu, peneroka mendapati ia menyusahkan dan mengelirukan kerana apa yang berlaku hanya sekali bayaran sahaja untuk hasil bagi dua kali pusingan potong buah dalam sebulan.

“Hasil buah dipotong pusingan pertama dari 1 hari bulan ke 15 hari bulan dikatakan akan bayar pada atau 23 hari bulan ke 25 hari bulan.


“Kemudian hasil buah dipotong pusingan kedua pada 16 hari bulan dan berikutnya dibayar pada 16 hingga 18 hari bulan pada bulan hadapan. Ia sebenarnya sekali sebulan. Kenapa buat sistem ini?. “Kami sepatutnya dapat dua kali bayaran sebab dua kali potong buah. Felda kena dengar keluhan kami. Bagaimana dengan nasib balu peneroka? Sudahlah pendapatan sikit, sekali sebulan pula. Itu belum cerita bayaran kena potong. Bagaimana nak sara sebuah keluarga? Kalau yang ada dua atau tiga isteri?” katanya di hadapan lebih 200 tetamu di Dewan Felda Jengka 18, di sini.

Beliau menyifatkan program Mesra Felda sebagai tidak mesra berikutan persoalan dilontarkannya ketika sesi Pembentangan Hutang Peneroka itu tidak mendapat jawapan yang jelas dan memuaskan pihaknya selaku wakil peneroka yang lain.

Peneroka Felda Jengka 9, Mohd Rafi Salleh, 60, juga melahirkan pendapat yang sama dan meminta Felda mengambil serius perkara ini.

“Bayaran yang dikatakan dua kali sebulan itu sebenarnya termasuk bayaran atau gaji buah yang dipotong pada akhir bulan sebelumnya. Kami tidak setuju kerana ia mengelirukan dan sukar bagi kami untuk memantau bayaran. Kenapa tidak buat semula sistem bayaran mingguan seperti dahulu?,” katanya.

Difahamkan, Pembayaran pendahuluan hasil adalah melibatkan peneroka yang menguruskan sendiri ladang tetapi menjual hasil kepada Felda dan mendapat bayaran pertama dalam bentuk pendahuluan hasil dan bayaran akhir berserta bukti bayaran.

Sementara itu, Ketua Peneroka Jengka 6, Saharuddin Lela, meminta Felda kembali kepada sistem bayaran terdahulu iaitu bayaran mingguan bagi menyelesaikan masalah dihadapi peneroka.

“Berkenaan potongan hutang pula buatlah potongan di pejabat saja. Sekarang peneroka jual kepada Felda, adakah Felda kena tunggu duit dari pihak lain dulu baru buat bayaran kepada peneroka," katanya.

sebelum ini Najib telah berjanji akan membantu Felda antara janjinya:


BANDAR JENGKA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil perhatian terhadap permasalahan peneroka Felda dan berjanji akan menambah baik urus tadbir agensi itu ke tahap yang lebih cemerlang.

Beliau berkata, kerajaan menerima banyak aduan dan memorandum mengenai permasalahan warga Felda belakangan ini.

Menurutnya, ia termasuk isu perumahan generasi kedua Felda, isu potongan dan pinjaman pembiayaan pembesaran rumah.

Turut dibangkitkan isu  penyata hutang peneroka tidak dikeluarkan Felda, ketiadaan penyata, penyata tidak lengkap dan masalah pembayaran pendahuluan hasil serta potongan pinjaman.

“Semua itu saya dengar. Ada yang jumpa saya. Ada yang hantar surat dan memorandum. Semua itu saya akan kumpul dan rumuskan. Tak lama lagi akan diumumkan penambahbaikan dalam urus tadbir Felda agar lebih maju dan berjaya. Saya harap peneroka bersabar,” katanya

Namun hingga hari ini Najib masih belum menunaikan janjinya terhadap warga felda yang yang sekian lama perlukan bantuan.







Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Najib Mungkir Janji, Keluhan Warga Felda Ini Perlu perhatian Bukan Janji Kosong!!. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top