Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pontianak atas bumbung kereta-(viral) apabila ‘gelagat’ makhluk itu jelas kelihatan berada di atas bumbung kereta dengan rambut hitam mengurai.

*Pontianak atas bumbung kereta*

______________________________________________
MENYERAMKAN…Satu makhluk yang dipercayai pontianak telah dapat dirakam sedang duduk di atas bumbung sebuah kereta berwarna biru dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Langkawi, Kedah, baru-baru ini.

Kelibat makhluk halus itu berjaya dirakam oleh pemandu kenderaan lain yang berada di belakang kereta biru tersebut.
Video berkenaan dimuat naik di laman sosial sejak semalam dan menjadi tular (viral) apabila ‘gelagat’ makhluk itu jelas kelihatan berada di atas bumbung kereta dengan rambut hitam mengurai.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, kelihatan sebuah kereta dipercayai jenis Toyota wish melalui laluan yang gelap sambil diekori oleh pemandu yang merakam kejadian itu.
Pada awal video tersebut kelihatan sesuatu yang tercampak dan bergolek dipercayai kucing dari bawah kenderaan tersebut.

Individu yang merakam video tersebut terus mengekori kereta itu dan terkejut melihat mahkluk yang dipercayai pontianak berada di atas bumbung kereta.
Penampakan mahkluk tersebut hanya jelas kelihatan ketika kereta melalui kawasan bercahaya dan lampu terang.

Memang jelas kelihatan ada makhluk di atas bumbung tersebut namun netizen mempersoalkan penampakan tersebut kerana kenderaan itu mempunyai bumbung tembus cahaya atau sunroof.

Bukan penampakan makhluk yang dibincangkan netizen tetapi tindakan melanggar anak kucing oleh pemandu kereta berwarna biru menjadi perbualan hangat.
 Dikatakan, penumpang kereta biru tersebut mengintai keluar melalui sunroof selepas melanggar anak kucing malang itu.

“Orang itu mengintai cari langgar benda tadi, Kot lah, berfikir positif,” tulis Sang.
“Masa mula-mula video pun gelap. Asal benda tu dok tepi-tepi, tak takut jatuh ker?” tulis Ekin menerusi Twitternya.

Namun, ini hanyalah sekadar perkongsian, kesahihan dan kebenaran disebalik paparan cerita tidak dapat dipastikan. – MYNEWSHUB.CC
*Mistik orang melayu*



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: pelik

TERIMA KASIH SUDI BACA Pontianak atas bumbung kereta-(viral) apabila ‘gelagat’ makhluk itu jelas kelihatan berada di atas bumbung kereta dengan rambut hitam mengurai.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top