Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

KASIH TUAN -seorang lelaki pengsan ketika hendak selamatkan haiwan peliharaannya didalam lubang

Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai cuba menyelamatkan anjing yang terperangkap di dalam lubang akibat tanah mendap di Jalan 2/62, Bandar Manjalara, Kepong, di sini, 11 malam tadi.


Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian pada 11.17 malam.

Katanya, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dan Taman Tun dikerahkan ke lokasi bagi memberi bantuan.
"Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila anjing milik mangsa terjatuh ke dalam lubang tanah mendap.

"Mangsa dipercayai cuba turun ke dalam lubang untuk menyelamatkan anjing dan didapati tidak sedarkan diri di dalam lubang itu.

"Mangsa berjaya di bawa keluar dan pihak ambulans yang turut ke lokasi memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum menghantar lelaki terbabit ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA KASIH TUAN -seorang lelaki pengsan ketika hendak selamatkan haiwan peliharaannya didalam lubang. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top