Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Harga Runcit Ron95, Diesel Dijangka Meningkat Januari ini -Datuk Lokman Noor Adam.

*Berita dari meja bernama*

*Harga Runcit Ron95, Diesel Dijangka Meningkat Januari Ini*
PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) -- Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan bulan ini, kata Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam.

Beliau berkata harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut purata harga bahan api itu di pasaran dunia selama sebulan selain dipengaruhi oleh pergerakan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika.

"Purata maksudnya harga dari tarikh 1 hingga 31 dibahagi dengan 31 hari. Bukan mengikut harga di hujung bulan seperti pemahaman sesetengah pihak.
*Port Dickson Tumpuan Orang Ramai Habiskan Cuti Hujung Tahun*
 PORT DICKSON, 30 Dis (Bernama) -- Ramai yang memilih untuk menghabiskan baki cuti akhir tahun mereka di sini sebagai destinasi pilihan memandangkan jarak perjalanan yang dekat serta keindahan pantainya.

Dalam tinjauan Bernama ke Port Dickson, setiap ruang di kawasan pusat pelancongan itu dipenuhi pengunjung termasuk dari luar Negeri Sembilan seperti Melaka, Selangor dan juga Pulau Pinang.

Khadizah Abu, 32, dari Melaka berkata Port Dickson menjadi pilihannya ekoran jaraknya yang dekat selain pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung antaranya persembahan kebudayaan dan permainan tradisional.
*ESSCom Tahan 50 Pati Dalam Op Gasak 10 Di Lahad Datu*

LAHAD DATU, 30 Dis (Bernama) -- Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Gasak 10 yang dijalankan di sekitar Kampung Sabah Baru di sini, pagi tadi.
Komander ESSCom Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata daripada jumlah itu, 48 PATI merupakan rakyat Filipina dan selebihnya rakyat Indonesia.
"50 PATI yang ditahan terdiri daripada 32 lelaki dan 18 wanita dalam lingkungan umur dua hingga 77 tahun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

*APMM Tahan Bot Nelayan Tempatan Langgar Syarat Lesen*
KUALA KEDAH, 30 Dis (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah menahan sebuah bot nelayan tempatan di sini kerana melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan kurang daripada lapan batu nautika dari pantai, hari ini.


Pengarah Maritim, Pangkalan Maritim Kuala Kedah Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor berkata bot nelayan yang ditahan pada kedudukan 6.5 batu nautika barat Kuala Kedah pada 10.50 pagi tadi itu, dikendalikan seorang tekong bersama tiga awak-awak tempatan kesemuanya lelaki berusia 20 hingga 46 tahun.
 "Bot itu ditahan bersama hasil tangkapan ikan anggaran seberat 600 kilogram telah dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.
Tamat.


to Info Semasa Dalam Dan Luar Negara



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA Harga Runcit Ron95, Diesel Dijangka Meningkat Januari ini -Datuk Lokman Noor Adam.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top