Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Jika Pakatan Harapan Menang PRU 14, Selain Anwar Ibrahim Muhyiddin Yassin Paling Layak Jadi Perdana Menteri - Penganalisis politik

SHAH ALAM- Penganalisis politik berpendapat, selain Datuk Seri Anwar Ibrahim,individu yang akan dilantik memegang jawatan perdana menteri oleh pembangkang sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Timbalan Pengerusi, Majlis Professor Negara, Prof Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, selepas Anwar hilang kelayakan menjadi perdana menteri, Muhyiddin individu paling layak berdasarkan pengalaman dimiliki.

Katanya, selepas Anwar hilang kelayakan, hanya Muhyiddin dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memiliki pengalaman dan kriteria dalam ketuai barisan Kabinet.

“Muhyiddin mempunyai pengalaman dalam Kabinet seperti Anwar, malah beliau juga pernah menjadi timbalan perdana menteri seperti Anwar,” katanya.

Katanya, Tun Mahathir pula boleh dilantik penasihat perdana menteri.

Tambahnya, Tun Mahathir tidak akan memegang kembali jawatan perdana menteri namun beliau sedar peranan beliau diperlukan.

“Konsep mentor minister (menteri) adalah yang difikirkan pembangkang. Oleh itu Tun Mahathir akan jadi penasihat Muhyiddin,” katanya.

Sementara itu Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, kesediaan Pakatan Harapan untuk mengemukakan tokoh yang boleh dicalonkan sebagai perdana menteri sangat mendukacitakan.

“Dalam banyak pemimpin pembangkang yang ada mereka dilihat hanya sebagai pengikut agenda Anwar. Sebab itu tanpa Anwar berlaku perpecahan dan huru-hara,” katanya.






Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Jika Pakatan Harapan Menang PRU 14, Selain Anwar Ibrahim Muhyiddin Yassin Paling Layak Jadi Perdana Menteri - Penganalisis politik. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top