Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

"HALALKAN MAKAN DAN MINUM"'“Saya rasa nak pergi jauh,”...itu antara ayat terakhir arwah Nur Amira

"HALALKAN MAKAN DAN MINUM"'

Muar ▶ “Saya rasa nak pergi jauh,”...itu antara ayat terakhir arwah Nur Amira Izzaty Razip kepada tunangnya sebelum bas itu kemalangan, awal pagi.
▶ Nur Amira, 22, antara 14 mangsa yang terkorban dalam nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh.

▶ Tunangnya, Hary Ramlan, 26, berkata kali terakhir dia bertemu tunangnya adalah ketika mengambil tunangnya di asrama kilang tempatnya bekerja di Senai.
▶ Katanya, dia kemudian menghantar tunangnya ke Stesen Bas Larkin, yang mahu ke Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis pernikahan kenalannya.
▶ “WhatsApp terakhir yang dia hantar mengatakan ‘saya rasa nak pergi jauh’. Jadi, saya pun terkejut sebab dia tak pernah berkata begitu sebelumnya kepada saya.

▶ “Saya hantar dia pada 11.30 malam. Tunggu sampai bas dia bertolak.
▶ “Ketika dalam bas pun dia ada meminta saya menghalalkan segala makan minumnya dan mengikhlaskan semua perkara selama lima tahun kami berkenalan.

▶ “Nur Amira, yang ketika itu dalam keadaan teresak-esak ketika di stesen bas turut meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada syarikat perkhidmatan bas.
▶ “Bas itu datang lambat, sepatutnya bas sampai pada 1 pagi tetapi tiba pada 1.45 pagi dan terus bertolak kira-kira lima minit kemudian.
▶ “Saya bekerja sebagai pemandu bas SBS di Singapura. Oleh itu, pada saya waktu rehat pemandu bas tersebut sangat singkat,” katanya.

▶ Tambahnya, dia mendapat makluman mengenai kejadian bas daripada kumpulan WhatsApp yang memaklumkannya mengenai kemalangan tersebut.
▶ “Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas melihat nombor pendaftaran bas itu, AJC 6633 saya tahu itu bas yang dia naiki kerana tiket bas dia saya yang pegang semalam,” katanya.

▶ Menurutnya, mereka bertunang sejak Mei tahun ini dan merancang untuk berkahwin pada Mei 2017.

▶ Difahamkan, arwah Nur Amira ke Negeri Sembilan bersama seorang rakan sekerjanya, Allahyarham Nor Saidatul Akmal Idris, 21, yang juga maut dalam nahas itu.






Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA "HALALKAN MAKAN DAN MINUM"'“Saya rasa nak pergi jauh,”...itu antara ayat terakhir arwah Nur Amira. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top