Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

terlalu penat.. saya dah nak gila.saya rasa mcm nak mati pun ada... patutkah saya keluar dari keluarga? Tinggalkan bisnes?


Allah.... tidak cukupkah pengorbanan saya selama 18 tahun selama ini mak? Ayah?, kenapa mak ayah pilih abg dan kakak, yg banyak susahkan mak dan ayah, kenapa mak dan ayah sanggup halau dan maki saya sampai mcm tu sekali?

Saya pun keluar dari rumah, d
an hidup merempat, berdua dgn isteri saya yg saya nikahi tanpa apa2 majlis dan kenduri. Hanya berempat, kami, saksi dan tok kadi.

Kami berjaya mencari rumah sewa di kawasan kampung dan hidup tenang seketika. Beberapa bulan selepas itu, ayah saya call, mengatakan, mak dan ayah serta adik saya cuma makan nasi dan kicap. Mereka juga tak ada wang. Retak hati saya mendengar. Saya tanya, mana abg? Kenapa tak jalankan projek? Ayah diam.

Saya beritahu isteri, dan kami balik ke rumah ayah dengan menaiki motor. Betul. Hanya tinggal mak, ayah dan adik. Abg..? hilang sekali lagi.

Tanpa pedulikan sumpah seranah ayah beberapa bulan lalu, saya dan isteri berusaha lagi, utk dapatkan projek. Dapatkan duit, utk sara mak ayah, selama setahun kami bekerja keras, alhamdulillah... kami berjaya membeli dua buah kereta second hand. Cash. Hutang2 lama juga hampir habis. Saya merasa bahagia. Kerana saya rasa mak dan ayah sudah berubah.

Tapi, sangkaan saya meleset. Ayah meminta saya utk memohon supaya anak buah yg dipenjarakan tadi dilepaskan dari sekolah bakti. Alasan ayah ialah, supaya dia boleh tolong saya bekerja. Berat hati saya utk turutkan. Kerana budak ini telah banyak menyusahkan saya. Seperti yg saya tulis di atas tadi. Tapi ayah tetap berkeras. Saya tak mampu melawan. Saya ikut kehendak ayah.

Budak tadi cuma tolong kerja selama 2 bulan. Selepas itu, dia kembali dengan perangai asal. Merayau sampai pagi buta. Kerja malas. Harapkan saya untuk tanggung makan minum. Disebabkan dia dah banyak susahkan saya, saya nekad halau dia dari rumah. Tapi, mak dan ayah back up budak tu. Disebabkan saya halau dia, mak dan ayah marahkan saya lagi. 😂😂😂😂

Selama 18 tahun, saya menghadap perkara yang sama berulang ulang kali. Orang lain buat masaalah, saya yang tanggung, dan akhirnya, saya yang dibenci oleh mak dan ayah.. orang yg buat masaalah? Disayang dan ditatang spt minyak penuh. Hahaha... saya betul2 kehilangan semangat hidup, saya dah nak jadi gila. sehingga bisnes saya sekarang hampir2 lingkup. Seperti telur dihujung tanduk. Kerja tertunggak, pelanggan marah sebab lambat, hanya disebabkan masaalah keluarga keluarga.

Saya nekad. Saya nak keluar jauh kali ini. Saya nak lari ke luar negara. Bersama isteri. Sebab mak dan ayah tak pernah hargai saya walau sebesar manapun pengorbanan saya terhadap mereka. Saya berikan segalanya. Rumah, kereta, duit, kasih sayang, tapi, anak2 tak berguna yang lain juga disanjung. Anak2 yg cuma cari mak ayah bila mereka ada duit. Bila mak dan ayah tak ada duit, dibiarkan tanpa makanan, jauh sekali nak dtg jenguk.
Saya? Dihina dan dimaki.

Saya penat sangat.. dari umur 12 tahun, sampai 30 tahun... terlalu penat..., saya dah nak gila..... saya rasa mcm nak mati pun ada...
patutkah saya keluar dari keluarga? Tinggalkan bisnes? Apa yg patut saya buat?
Boleh kah saudara saudari semua berikan pendapat...,



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA terlalu penat.. saya dah nak gila.saya rasa mcm nak mati pun ada... patutkah saya keluar dari keluarga? Tinggalkan bisnes? . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top