Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Nur Sakinah Dakwa Dirinya Ibu Kepada Imam Mahdi Dan Mahu Lahirkan Imam Mahdi "Bersama" PU Faiz

Petaling Jaya : Penceramah wanita yang didakwa dicederakan Naib Juara program Pencetus Ummah (PU), PU Faiz dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas tuduhan menceroboh sekolah tahfiz milik lelaki itu di Kota Damansara, September lalu.


Tertuduh, Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Mengikut pertuduhan, ibu tunggal empat anak itu didakwa melakukan ceroboh jenayah dengan memasuki ke dalam premis milik PU Faiz atau Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli, 27, yang digunakan sebagai tempat pusat pengajian agama Islam di Pondok Rumi Sufi Jawi, No 14-3, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, di sini pada 2.30 petang, 26 September lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember untuk sebutan semula kes.

Isnin lalu, PU Faiz mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di mahkamah sama atas tuduhan mencederakan Nurul Intan Sakinah di tempat, tarikh dan masa sama.ringanberat.com/




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Nur Sakinah Dakwa Dirinya Ibu Kepada Imam Mahdi Dan Mahu Lahirkan Imam Mahdi "Bersama" PU Faiz. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top