Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Beli Kereta Sambung Bayar, Ini "Bala" Yang Bakal Anda Hadapi Seumur Hidup - Perkongsian Netizen Yang Jadi Mangsa

HATI-HATI KERETA SAMBUNG BAYAR. DUIT HILANG. KERETA HILANG. DIBERKAS PULA!Kebelakangan ni nampaknya byk sgt page fb yg tawar kereta sambung bayar. Berderet pula tu. Hampir semua jenis kereta ada. Yg baru beli pun ada. Ramai yg berminat. Maklumlah: serah duit muka terus bawa balik kereta. Tak perlu pening nak urus loan yg belum tentu approve. Tak salah. Tapi kena faham betul2: "kereta sambung bayar hanyalah bergantung 100% kpd ketelusan & kepercayaan owner kereta dan buyer". Ada beberapa kes yg saya kenal pembeli & penjual mungkin boleh dinilai oleh anda sebelum beli:


KES 1
Pemuda A membeli Myvi dari Pemuda B. Pemuda B ialah agen jual kereta sambung bayar. Saya sbg saksi. Setelah setuju, Pemuda A serah duit muka RM6k kpd Pemuda B tunai. Kemudian, kami ke balai polis terdekat utk buat "cover report" mengatakan Myvi tu dijual kpd Pemuda A secara sambung bayar.

Aggreemen pun ada. Dlm aggreement tercatat semua perkara penting yg anda pun terfikir skrg (kereta dijual & dibeli oleh siapa, siapa tanggung kos saman & rosak, siapa bayar bulan lepas jual, habis bayar loan owner mesti setuju tukar nama)... Semuanya tertera. Aggreement stamping lepas tu.
3 bulan kemudian, Pemuda A terima call dari owner. Owner nak balik kereta. Pergaduhan berlaku. Dipendekkan cerita, Pemuda A setuju jumpa owner di balai polis utk elak sbrg kejadian tak diingini. Call Pemuda B agen tu dah tak jawab & taknak campur.

Sampai di balai polis, Pemuda A keluar je kereta, dia diserbu oleh 3 orang lelaki & dipegang tangan mcm pesalah. Dibawa masuk ke balai. Rupa2nya: lelaki2 tu polis. Owner tu anak kpd salah seorang polis berpangkat besar di kawasan lain. Owner cerita kat bapa dia: Pemuda A ambik kereta tanpa dia setuju. Curi le.


Bila dah soal siasat: Pemuda A pun dah tunjuk semua bukti. Lepas. Tapi kereta diambil balik owner. Sebab sebarang aggreement tak sah selagi kereta di bawah nama owner & aggreement yg sah hanya antara owner dgn bank.
Pesanan: boleh beli- tapi bersemuka dgn owner.


KES 2
A jual kereta secara sambung bayar kpd B. Proses sama spt Kes 1. Tapi bezanya ini owner sendiri yg jual. Lepas hampir 7 bulan, B maklum pada owner dia nak jual kereta pada org lain. Si A atau Owner ni tak setuju sebab tak kenal. B bgtau A: kalau nak balik kereta tu bayar pada dia RM15k. Sedangkan A jual pada B dulu muka RM5k je. B bgtau dia buat macam2 kat kereta tu sebab kereta teruk. Sedangkan semasa beli B puas hati dgn keadaan kereta. A minta tangguh 1 minggu nak usaha cari duit muka. Lepas 3-4 hari, A hubungi B utk beli balik kereta tu & terpaksa setuju bayar RM15k. Tapi B dah jual kereta pada orang lain. 

B bg no tel buyer baru (C) suruh deal sendiri. A hubungi C. C taknak serah balik sebab dia dah bayar RM15k. A pun kesiankan C: setujulah C yg miliki kereta tu setelah C beri semua butiran diri dia pada A.


Lepas setahun: A terima call dari bank. Tunggakan kereta 3 bulan. A hubungi C. C bgtau dia dah jual kereta tu pada D. Nak mengamuk pun benda dah jadi. A hubungi D dan bersemuka dgn D. Kereta yg asalnya di KL, skrg di Kuantan. D ialah agen jual kereta. D jamin bahawa dia akan selesaikan tunggakan & kereta tu dia sendiri nak guna. Tak jual pada orang. Sampailah kereta tu tertunggak 5 bulan, masih tak bayar. A tiap2 hari pujuk D supaya serah balik kereta. Setelah nak masuk 6 bulan tunggakan: D mengalah. Alhamdulillah. A ambil balik kereta. Tunggakan 5 bulan A tanggung. Dan repair kereta hampir RM4k A juga tanggung.


Pesanan: bila owner dah beri kepercayaan pada buyer, buyer jgn ingat sewenang2nya boleh jual kereta tu. Diskus dulu dgn owner. Saya percaya: owner hanya nakkan namanya bersih. Itu saja. Kereta tu adalah amanah yg diberi oleh owner pada buyer. Jgn pandang ringan. Walaupun sesak tak dapat nak bayar, terpaksa jual: maklum pada owner diskus elok2. 

KES 3
Kes ini lain macam sikit. Ini kes terkini. A dapat nombor dari fb. Wanita cantik profile fb tu. Bila dah wanita, cantik pula tu: lelaki pun sgt sukalah nak berurusan. Deal melalui telefon dan A diminta ke pejabat urusan utk urus jual beli.

Sampai di pejabat, byk kereta ada. Macam used car. Tp wanita cantik takde lah. Yg ada saleman dan bonzer (sebab katanya muka serius, tak senyum langsung, duduk perhati je). A pilih kereta. Dokumen semua lengkaplah. Aggreement pun ada. Sama mcm Kes 1 & 2. A beli Honda Fd RM17,800 muka. Masa beli, tunggakan ada 2 bulan. Saleman kata nanti diorg selesaikan 2 bulan tu. 


A pun seronok, bawa balik kereta & makeup sungguh2 le sebab itu kereta idaman. Cat baru. Player baru siap kamera. Ekzos kasi mantap. Sport rim, tayar semua baru. Kos habis kat situ hampir RM15k.Bulan seterusnya, bila A bayar loan bank: tunggakan masih ada 2 bulan. Utk makluman, biasanya bank kalau tunggakan 2 bulan 21 hari: RO akan keluar secara automatik. RO ialah surat arahan tarik kereta. Semua Repo (Repo ialah penarik kereta) akan dapat maklumat kereta tu di seluruh Malaysia. 


A hubungi syarikat tanya hal tunggakan 2 bulan. Syarikat taknak mengaku dan bgtau tunggakan tu A kena bayar. Gaduh lagi.Bulan berikutnya, bila A berkeras taknak bayar tunggakan 2 bulan tu: syarikat hubungi A maklumkan owner minta balik kereta tu.


Tapi utk tak bg A marah: syarikat offer Honda Fd lain utk diganti. A tak setuju sebab:
1. Dia dah habis byk wang makeup kereta
2. Bulanan kereta pasti tak sama
3. Jangka masa loan pun pasti tak sama Setelah diskus, A mengalah. Serah kereta utk ditukar kereta lain.Masa inilah bonzer tadi berfungsi.Kereta tadi diserah.... Tiada lagi kereta lain yg diganti.Alasan kukuh:


1. A tak bayar tunggakan kereta
2. A susah nak dihubungi dan syarikat dah tak percaya pada A

A tak boleh buat apa2. 

Lagi bagus bila dapat maklumat, kereta tadi dijual pula pada buyer lain. Duit muka itulah hasil bisnes syarikat dan modal tak perlu sebab kereta akan dapat balik. Kenapa tunggakan 2 bulan?

Ini ialah teknik halus. Jika anda lewat sikit bayar kereta: kereta akan ditarik. Siapa tarik? Orang2 syarikat yg sama akan tarik & bayar tunggakan dibank. Proses berulang utk kereta tu disediakan utk dijual semula...

Sebarang jenis kereta ada.

Dari kereta Viva, Myvi hinggalah ke BMW Alphard.Kereta baru keluar beberapa bukan plastik tak buka lagi pun ada.Tidakkah ini timbul sebarang persoalan diminda anda?


Bagi anda yg nak beli kereta sambung bayar, pastikan bersemuka dgn owner. Bukan saya nak halang beli dari agen, tapi jika beli dari agen, minta maklumat owner dan jumpa owner sblm beli. Sentiasa berhubung dgn owner lepas beli.

Bagi anda yg nak jual kereta secara sambung bayar: anda terdesak sebab tak mampu. Masa terdesak semuanya OK asalkan diri terlepas. Bila dah ada org beli kereta anda, jgn pula sampai 1 hari nanti masa anda mampu- jgn pula minta balik kereta tu. Memanglah atas kertas hak anda, tapi fikirkan hak pembeli yg diakad secara lisan. Jgn menafikan hak pembeli.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA Beli Kereta Sambung Bayar, Ini "Bala" Yang Bakal Anda Hadapi Seumur Hidup - Perkongsian Netizen Yang Jadi Mangsa . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top