Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Selepas Bersedap Dengan Teman Lelaki Hingga Hamil, Bayi Dibuang Di Tepi Jalan

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan yang baru lahir berbungkus dalam kain batik ditemui di atas rumput, di tepi Jalan Kilometer 42, Jalan Tanjung Kupang, menghala ke Gelang Patah, Iskandar Puteri, petang semalam.



Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata bayi berkenaan dijumpai seorang lelaki berusia 24 tahun pada kira-kira 2.30 petang ketika melalui kawasan berdekatan Sekolah Rendah Kebangsaan Ladang Pendas.

“Lelaki berkenaan ternampak bungkusan kain batik yang mencurigakan dalam keadaan bergerak-gerak atas rumput di tepi jalan jarak kira-kira dua meter daripadanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setelah diperiksa bungkusan batik itu, lelaki itu mendapati bungkusan itu mengandungi seorang bayi cukup sifat, lengkap berbaju serta berlampin dan segera membawa bayi berkenaan ke Balai Polis Gelang Patah.

Noor Hashim berkata pihaknya kemudian menghantar bayi itu ke Klinik Kesihatan Gelang Patah bagi rawatan awal.

Beliau berkata bayi perempuan seberat 2.6 kilogram itu disahkan lahir kurang dari tempoh 24 jam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, bangsanya masih belum dapat dikenalpasti, katanya.

Buat masa sekarang, Noor Hashim berkata bayi tersebut berada dalam jagaan pihak hospital sebelum dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah Iskandar Puteri ASP Ridzuan Khalid di talian 07-5114222 bagi membantu siasatan. – BERNAMA



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Selepas Bersedap Dengan Teman Lelaki Hingga Hamil, Bayi Dibuang Di Tepi Jalan . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top