Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Negara Dilanda Krisis Kewangan Melampau, Lelaki Mati Beratur Di Mesin ATM Tanpa Sebarang Bantuan Dan Tidak Pedulikan Orang Ramai

KRISIS wang tunai yang melanda negara India memberikan impak kepada rakyatnya sehingga tiada lagi sikap bantu membantu kepada mereka yang memerlukan.


Terbaharu, seorang pekerja kerajaan yang pengsan ketika beratur di mesin pengeluaran automatik (ATM) dibiarkan terbaring hingga mati tanpa sebarang bantuan di Kolkata, India.

Times of India melaporkan, Kallol Ray Chowdhuri; 53, meninggal dunia selepas rebah namun orang ramai yang berbaris untuk mengeluarkan wang enggan membantu dan meninggalkan barisan mereka.


 Pekerja Kerajaan Maut Ketika Berbaris Di ATM


Orang ramai yang berbaris panjang di mesin ATM itu hanya membiarkan Chowdhuri mengerang kesakitan sambil memegang dada sebelum tidak sedarkan diri.

Menurut saksi, orang ramai enggan membantu Chowdhuri kerana tidak mahu keluar dari barisan kerana bimbang tidak dapat mengeluarkan wang.

Selepas kira-kira 30 minit Chowdhuri dibiarkan terbaring, seorang pengawal keselamatan bank membawanya ke Hospital Chinsura Imambara dengan menaiki teksi.

Bagaimanapun, Chowdhuri disahkan sudah lama meninggal dunia dan doktor menjelaskan mangsa boleh diselamatkan jika dibawa segera ke hospital untuk menerima rawatan.

Keluarga Chowdhuri kesal dengan sikap orang ramai yang mementingkan diri sendiri sehingga menyebabkan kematian. – MYNEWSHUB.CC



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Negara Dilanda Krisis Kewangan Melampau, Lelaki Mati Beratur Di Mesin ATM Tanpa Sebarang Bantuan Dan Tidak Pedulikan Orang Ramai. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top