Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kepimpinan Najib Yang Lemah Di Restui Veteran UMNO, Dan Ini Sindiran Pedas Veteran UMNO Kepada Mahathir

Mohd Muslim berkata, tanpa Umno, Dr Mahathir tidak akan dapat jadi perdana menteri, jika tidak puas hati, beliau sepatutnya memberi teguran bukannya menyerang Najib.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya “menggigit tangan yang memberinya makan” kerana tanpa Umno, beliau tidak akan dapat menjadi perdana menteri, kata seorang pemimpin veteran parti itu.

“Tanpa Umno, beliau tidak akan dapat jadi perdana menteri. Jika tidak berpuas hati, patut beri teguran sahaja, bukan menyerang.

“Dulu selepas dibuang Umno, Tun Razak (Hussein) yang membawanya kembali ke dalam parti. Tetapi, hari ini beliau menyerang anaknya pula,” kata Bekas Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Datuk Mohd Muslim Othman.

Beliau merujuk kritikan dan serangan dilancarkan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Bekas exco Kedah pada 1974 hingga 1982 itu bagaimanapun gembira melihat semangat dan sokongan yang ditunjukkan perwakilan kepada Najib pada Perhimpunan Agung Umno tahun ini.

Ucapan pemimpin dan perwakilan pada hari-hari sebelumnya dipenuhi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib dan kecaman terhadap Dr Mahathir.

Mohd Muslim berkata, ia adalah tradisi untuk perwakilan memuji presiden menerusi ucapan mereka pada Perhimpunan Agung Umno setiap tahun kerana keadaan sama dapat dilihat pada perhimpunan agung dahulu, termasuk ketika Dr Mahathir memimpin parti itu.

“Dahulu pun (puji presiden) juga. Hal-hal sensitif dibincangkan di peringkat dalaman.

“Dalam perhimpunan agung, perbahasan dibuat secara gelak ketawa dan semangat persaudaraan,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir hari ini.freemalaysiatoday.com






Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Kepimpinan Najib Yang Lemah Di Restui Veteran UMNO, Dan Ini Sindiran Pedas Veteran UMNO Kepada Mahathir. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top