Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

KES SAMUN-Mangsa parah selepas kedua-dua tangannya ditetak manakala isterinya tidak dipengapakan.

Polis buru lelaki tetak warga emas
------------------------------


Kuala Langat: Polis sedang mengesan penjenayah yang menetak seorang lelaki berusia 58 tahun dalam kejadian samun di sebuah rumah di Sijangkang, jam 3.30 pagi, Sabtu lalu.

Mangsa parah selepas kedua-dua tangannya ditetak manakala isterinya tidak dipengapakan.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Zailan Tasir berkata, penjenayah terdiri daripada empat lelaki itu memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap di dapur.

“Kejadian disedari pasangan berkenaan selepas mereka mendengar bunyi bising. Kedua-duanya keluar daripada bilik sebelum mendapati empat lelaki bersenjatakan parang sedang menggeledah kediaman mereka.

“Penjenayah kemudiannya menetak lelaki itu dengan parang dan mangsa cedera di tangan ketika cuba mempertahankan diri,” katanya, semalam.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa turut dikurung dalam bilik air sebelum mereka melepaskan diri selepas penjenayah beredar.

“Isteri mangsa membawa suaminya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan.
“Antara barangan disamun ialah komputer riba dan telefon bimbit,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 03-31872222 atau balai polis berhampiran.
sent by Berita Harian
BI1M'SIA
NKC







Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA KES SAMUN-Mangsa parah selepas kedua-dua tangannya ditetak manakala isterinya tidak dipengapakan.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top