Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

PERGHHH!! Tak SANGKA.. Rupa-Rupanya Penuh Pelakon Kanak-Kanak 7 Hari Mencintaiku '' Buntat '' Bukan Calang-Calang ORANG..


Nama Penuh : Mohd Ariff sebagai Buntat
Buntat ,,,,,anak tokey roti canai Pak Mutalib Jitra ,,,,,,,pandai dia berlakon ,,,,,,,,,sekarang dah bergaya ,,,,,dulu pakai seluar pendek jaa ,,,,,,,


TAJUK DRAMA : 7 HARI MENCINTAIKU
EPISOD : 28 Episod semuanya
TARIKH ATAU MASA : 07 November 2016
SIARAN : M enerusi Slot Akasia TV3
NOVELIS : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PARA PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin, Zarynn Min


WATAK -WATAK PELAKON
Shukri Yahaya memegang watak sebagai Khuzairi
Siti Saleha memegang watak sebagai Mia Adriana
Ungku Hariz memegang watak sebagai Khalil
LAGU TEMA OST DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU
Tajuk OST : Lelaki Teragung
Penyanyi : Dayang Nurfaizah

SINOPSIS DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU
Drama ini mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam-diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama telah menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun begitu sifat angkuh dan sombong gadis ini telah menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hamapun jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana pula bagaikan lupa, hidup ini adalah ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombonganya itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta seoorang lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana adalah merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya iaitu Dato Megat Idrus. Mia yang telah pun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun begitu oleh kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis.

Khalil yang tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil telah menikahi Rita kerana inginkan duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, telah meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun dia hanya mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulah kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang telah menjadi kebencian Mak Leha, iaitu mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia amat memusuhi Puan Hayati. Terjadilah pelbagai pergaduhan diantara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang dimana menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu ada pasang surutnya. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu amat menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.
Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana telah tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang telah ditinggalkannya tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah lama membeku? Apakah Pak Samad mampu untuk membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya?

Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri kepada Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain menjadi pengembala kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?.. mari sama-sama kita saksikan..




http://bloggersedia.blogspot.my/2016/12/perghhh-tak-sangka-rupa-rupanya-penuh.html








Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA PERGHHH!! Tak SANGKA.. Rupa-Rupanya Penuh Pelakon Kanak-Kanak 7 Hari Mencintaiku '' Buntat '' Bukan Calang-Calang ORANG... TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top