Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

pesakit bunuh diri dijumpai mati diatas bumbung hospital hkl

*KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH DANG WANGI*
*KES BUNUH DIRI DI HKL*

Pada 5/12/2016 jam lebih kurang 7.20 pagi, semasa Pengadu seorang Jururawat sedang bertugas di Hospital Kuala Lumpur telah menerima maklumat seorang pesakit Lelaki bangsa Cina yang di rawat di Hospital Kuala Lumpur telah di jumpai mati di atas bumbung di Aras 1. 

Siasatan awal di tempat kejadian oleh Pihak Polis mendapati mangsa telah jatuh di atas kompreser alat penghawa dingin di atas bumbung Aras 1. 

Mangsa seorang pesakit berumur 60 tahun sedang menjalani rawatan di Wad 26 Hospital Kuala Lumpur, Tingkat 5 kerana sakit ketumbuhan, jantung, paru paru dan mengalami gangguan mental. Mangsa telah masuk wad pada 26/11/2016 dan disedari keluar wad pada jam 0230 hrs 05/12/2016.


Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik untuk post mortem. Siasatan selanjutnya sedang di jalankan.


Tiada unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai *Mati Mengejut*
(Dikeluarkan pada 5/12/2016).
 Info Semasa Dalam Dan Luar Negara



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA pesakit bunuh diri dijumpai mati diatas bumbung hospital hkl. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top